4

1.8K 91 6
                                    

_________

" He look at her like he just realised what love is."

___________

Hazzel berdiri lama di hadapan muka pintu bilik Mia. Tangannya teragak agak untuk mengetuk dedaun pintu dihadapannya.

Niat Hazzel adalah dia ingin bertanya tentang permintaanya pada minggu lepas. Mia langsung tak memberi respon pada hari itu, jadi Hazzel ingin bertanya sekali lagi pada Mia.

Berat sangatkah permintaanya itu?

Dia mengeluh kecil. Gadis itu membatalkan hasratnya itu. Dia tak mahu menganggu Mia sekarang.

Dengan langkah yang berat Hazzel berlalu pergi dari sana. Dia menapak ke dapur dan kembali menyambung kerjanya.

Sedang Hazzel leka membuat kerja harianya, kedengaran Suara mak Seri memanggil namanya dari arah ruang tamu.

"Ya mak Seri. Sekejap." Lekas gadis itu berlari Dan mendapatkan mak Seri, salah satu daripada pembantu rumah Mia.

Mata Hazzel terpaku pada sejambak bunga yang terdapat pada tangan mak seri.

"Eh, Mak Seri.. Cantiknya bunga! Untuk siapa ni? Cik Mia ke? Kalau untuk Cik Mia, biar--"

"Ini untuk kamu Hazzel." Mak seri pantas memotong percakapan Hazzel. Membuatkan jari gadis itu berhenti dari menyentuh kelopak bunga yang cantik itu.

"Hah?" Hazzel kelihatan tidak mengerti. Mak seri memberikan senyuman pada Hazzel sebelum wanita separuh abad itu meghulurkan sejambak bunga itu kepada Hazzel.

"Dah ada kekasih tapi tak bagi tahu Mak Seri pun." Usik Mak seri. Usikan itu malah membuatkan Hazzel bertambah binggung.

"Kekasih?hazzel mana ada kekasih Mak seri." Bantah Hazzel keras.

"Iya ke? Habis tu siapa Jy.S? Nama tu tertulis dekat kad tu." Kat mak seri pada Hazzel.

Hazzel mengerut dahi. Kerana panasaran, Hazzel melabuhkan punggung di sofa ruang tamu. Kad yang terselit pada bunga itu Hazzel ambil lalu membacanya dengan berhati hati.

"Honestly darling, I never knew I'd end up liking you this much."
Jy.S
To:Hazzel Elvianna.

Setelah membaca itu, Hazzel memandang Mak seri.

"Hazzel tak tahu ni dari siapa." Ujar Hazzel jujur. Puas otaknya memikirkan siapa Jy. S? Dan bagaimana pula orang ini tahu nama penuhnya?

Mak seri mengambil tempat di sebelah Hazzel. Mereka sama sama memikirkan siapakah gerangan yang memberi bunga ini pada Hazzel.

"Betul ke kamu tak ada kekasih ni?" Soal Mak seri sekali lagi kerana ingin meminta kepastian.

"Iya mak Seri, Hazzel tak ada kekasih." Jawab Hazzel. Terpancar kejujuran di wajah gadis itu. Mak seri tersengih kambing.

"Hazzel ada boyfriend?" sampuk Mia yang ketika itu baru sahaja menuruni tangga. Lekas Mak Seri dan Hazzel menoleh ke arah Mia.

"Eh mana ada Cik Mia!" Bidas Hazzel lalu mengaru keningnya yang gatal.

"Bunga dari siapa tu?" Mia menghampiri Hazzel Dan Mak seri.

"Entah. Dekat sini dia tulis Jy.S. Cik Mia tahu siapa?" Ujar Hazzel lalu menghulurkan kad itu kepada Mia.

Setelah melihat kad itu, Mia mengeleng kepalanya tanda dia tak tahu itu siapa.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now