3

1.8K 102 8
                                    

_________

"souls don't meet by accident"

__________

Hazzel menjadi tidak selesa. Boleh dikatakan, Hampir dua minit lelaki di hadapannya ini merenung ke dalam anak matanya.

"Erm encik? Ada apa apa yang boleh saya bantu?" Soal Hazzel sekali lagi. suaranya kedengaran  agak bergetar kerana merasa takut dan kurang selesa.

Hazzel berharap agar lelaki itu sedar akan kelakuannya  yang agak berlebihan kerana dari tadi lelaki itu merenungnya. Tetapi  Jejaka tinggi itu dengan berani melangkah menghampirinya.

Hazzel panik. Dia menelan air liurnya kesat dan dengan drastik Hazzel melangkah ke belakang untuk melarikan diri.

"Encik nak buat apa ni?!" Jerit Hazzel panik bila lelaki itu semakin mendekat. Matanya melirik ke arah ruang tamu. Hatinya sangat berharap agar ada orang yang boleh membantunya.

Tetapi seorang manusia pun Hazzel tak nampak. Waktu macm ni lah semua orang yang ada di ruang tamu tadi menghilang. Lagi pun sia sia je dia menjerit, lagu yang terpasang memang agak kuat Dan itu membuatkan Hazzel risau kalau Jayden akan bertindak lebih dari ini.

Hazzel melihat ke kanan. Dia pasti dia boleh melarikan dirinya dari lelaki gatal ini.

Dengan segera Hazzel ingin berlari dari situ dan menjerit meminta pertolongan namun lelaki bermata helang itu dengan pantas menarik Hazzel sehingga gadis itu tersandar di meja.Tarikkan itu agak kuat dan menyebabkan Hazzel merintih sakit.

"Wait.." Ujar Jayden pelahan dan masih memandang wajah Hazzel dengan rasa tidak percaya.

"No way.."

Hazzel yang tadinya panik menjadi pelik setelah melihat wajah lelaki itu seperti keliru.

"Encik? Encik kenapa?" Soal Hazzel agak risau kerana riaksi Jayden sedikit membinggungkan. Tangan gadis itu naik menyentuh wajahnya untuk merasa kalau ada sesuatu yang pelik di wajahnya.

"Tell me this is just a dream." Jayden merenung wajah Hazzel sekali lagi. Matanya meliar di segenap wajah mulus milik Hazzel.

Hazzel pula terdiam di tempatnya. Sungguh dia tak faham apa maksud lelaki ini.

" Ini bukan mimpi." Ujar Hazzel dengan dahi berkerut.

"No way." Dia meletakkan kedua dua tangannya di sebelah Hazzel. Mengepung gadis itu. Jayden mendekatkan jarak mereka.

Jayden memandang Hazzel Dan sedikit pun Jejaka dingin itu tidak mengelipkan matanya.  Jejaka itu tersenyum dengan tiba tiba. Hazzel kaku di tempatnya. Sungguh dia tak tahu nak kata sama ada Jejaka ini tampan ataupun menyeramkan.

Tetapi yang pasti, senyuman itu membuatkan bulu roma Hazzel menegak. Namun matanya tak boleh lari dari terus melihat senyuman indah yang terbit di bibir merah delima lelaki itu.

Senyumannya ... memukau Dan matanya berkilau bak mutiara..

"If this was a dream, then at least I've got... Memories for when morning comes..." Tutur Jayden sedikit berbisik Dan berirama seperti sebuah lagu. Adakah itu lirik lagu? Entah Hazzel pun tak pasti..

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now