13

1.6K 80 5
                                    

_____________

"I'm free."

_____________

Telefon bimbit Jayden berdering menandakan ada sebuah panggilan.
Dia mencapai objek berbentuk petak itu sebelum membaca nama si pemanggil.

"Hello Grey?" Sapa Jayden.

"Er.. Hai Awak."

Jayden diam sejenak. Dia kembali melihat pada skrin telefonnya untuk memastikan siapa yang baru sahaja menghubunginya. Memang benar nama yang tertera adalah Grey Hunter. Jayden kembali mendekatkan telefon itu ke telinganya.

"Hazzel?"

"Iya.. Ni saya."

"Ada apa sayang?" Jayden bersandar di kerusi. Secara automatik bibirnya menguntum senyum. Bagi Jayden, Tiada suara yang lebih indah dari suara Hazzel Elvianna.

"Saya nak minta izin.... Saya-... Saya Nak keluar. Tapi jangan risau, Grey akan ada sekali dengan saya."

Jayden diam. Dia mengetap giginya.

"Nak pergi mana?" Soalnya dingin.

Hazzel terkelu mendengar Suara Jayden sudah berubah dingin. Dia memandang Grey di sebelah.

"er.. Nak shopping? Saya tak nak shopping online. Shopping online tak best. Boleh lah Jayden.. Please?"

"Kali ni je.." sambung Hazzel lagi setelah lelaki itu diam dari tadi.

"Nope. Tak boleh!" Jayden mematikan terus panggilan tersebut. Dia mencampak telefonnya ke atas meja dengan kasar.

Entah kenapa hatinya kuat mengatakan Hazzel ingin melarikan diri darinya. Dan perkara itu tak akan pernah berlaku. Jayden rasa Hazzel semakin berani untuk cuba melangar arahan darinya dan itu membuatkan Jayden rasa sangat marah dan kesal terhadap gadis itu.

___________

Hazzel mendecit geram. Dia menghulurkan telefon itu pada grey semula.

"Macam mana? Dia bagi tak?" Soal Grey lalu menyambut huluran Hazzel.

"Memang tak lah dia bagi! Saya dah cakap kita keluar je senyap-senyap. Kalau kita tanya memang tak lah dia nak bagi saya keluar. " Hazzel mengomel sambil memeluk tubuh.

Grey mengaru tengkuknya. Sejujurnya dia kasihan melihat Hazzel terkurung sahaja di rumah, tapi dia tak boleh melangar arahan dari Jayden.

"Kita tak boleh keluar senyap-senyap Cik Hazzel."Ucap Grey.

" Dah kenapa pula? "

" Sebab Cik Hazzel tak kenal Tuan J tu orangnya macam mana.. "Sambung Grey.

" Bagi awak Tuan J tu macam mana?! Dia biasa je kan? Yang dia tahu nak marah je. Kenapa dia kurung saya dekat rumah dia? dia fikir saya ni apa? Barang ke? "

" Saya kenal dia pun tak. Pertama kali jumpa pun dekat rumah Cik Mia tempoh hari. Tahu-tahu dia culik saya. Lepastu saya kena ikut je apa yang dia cakap. Saya ni bukan isteri dia sampai nak larang saya untuk bebas. Ish! Saya tak faham lah dengan dia tu!"

" saya cuma minta izin nak keluar sekejap je sebab saya dah penat duduk dekat sini. Tu pun tak boleh. Dah lah kena kurung macam dekat penjara, setiap penjuru ada cctv dan bodyguard."

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now