14

1.8K 96 2
                                    


________________
"you want a fight,
I'll bring a war"
_______________


Lelaki itu berjalan menyusuri pesisir pantai. Dia menoleh ke arah kiri, jelas terbentang permandangan yang sangat indah. Permandangan matahari terbenam itu sudah sering dia lihat.

Dia kembali memandang ke hadapan. Kerana sebenar nanti, akan ada permandangan yang lebih indah bakal muncul.

Dia sudah lali dengan pantai ini, dan ke mana dia bakal dibawa pergi pun dia sudah tahu. Dia hanya melangkah sehinggalah seorang gadis muncul berjalan melepasinya. Gadis itu menoleh ke arahnya.

Senyuman manis tercarik indah di bibir merah merekah gadis itu. Rambut gadis itu ditiup angin menyerlahkan lagi kecantikan gadis itu.

Gadis itu menghulurkan tangannya pada Jayden. Kini Jayden tidak teragak- agak lagi untuk mengapai tangan mulus itu.

Dengan gembira, gadis itu menariknya untuk ikut berlari bersama-sama di pesisir pantai itu. Mereka terlihat gembira kerana senyuman dan tawa tak pernah lekang dari bibir pasangan itu.

"Jayden.." Suara itu lembut memanggil namanya. Jayden terleka. Dia hanyut mendengar Suara lunak itu.

"Jayden... "

"Jayden." kali ini Suara itu sudah berubah. Jayden tersentak.

Dia bingkas membuka matanya luas. Hayyan sedang berdiri merenung dirinya disebelah.

"Kau okey tak?" Soal Hayyan risau melihat Jayden seakan terganggu dengan sesuatu.

Jayden mengeluh kasar. Dia meraup wajahnya. Entah mengapa, mimpi itu datang lagi. Sudah lama dia tidak bermimpi seperti itu setelah Hazzel selalu berada di sisinya.

Hatinya rasa sesuatu. Suara hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena. Cepat-cepat tangan kasarnya mencapai telefon di atas meja lalu jari terus pantas mendail nombor seseorang.

Hayyan memandang hairan. Semakin hari, semakin pelik perangai Jayden. Jayden telah berubah, bukan ke arah lebih baik tetapi ke arah yang agak membimbangkan. Mungkin dulu Hayyan rasa Jayden berubah ke arah lebih baik tapi sebenarnya dia silap. Terlalu awal dia membuat andaian.

Jayden seorang yang sangat tegas perihal kerja Namun sejak kebelakangan ini, Jayden seperti acuh tak acuh sahaja. Jayden juga selalu balik awal. Hayyan tahu itu semua kerana seorang gadis yang dikurung di rumah agam lelaki itu Tak lain tak bukan, Hazzel Elvianna.

"Don, I need you to go inside and check if she was there or not.." Suara dingin itu memecahkan kesunyian. Hayyan berdiri kaku ditempatnya. Cuba mencuri dengar percakapan antara Jayden dengan seseorang di sebalik talian itu.

Mata Jayden meliar ke kanan dan ke kiri. Hatinya sedang berdetak laju. Dengan gugup dia menanti jawapan dari lelaki yang bernama Don itu.

" Tuan J, saya tak dapat jumpa Cik Hazzel. Grey pun tak ada.." Suara disebalik talian itu berkata panik. Terselit nada kerisauan pada Suara itu. Jelas sebenarnya lelaki itu risau dengan nasib yang bakal menimpa dirinya sebentar nanti.

"check Cctv!sekarang!aku tak kira walau apa pun aku nak kau bawak balik dia dan lelaki tu ke rumah aku semula!" Arah Jayden dengan nada menjerit. Dia langsung tak hirau kehadiran Hayyan di sebelah.

Jayden terus mematikan panggilan.

" Fuck!!! " Jayden mencampak telefon itu sehingga pecah berderai. Hayyan terkejut dengan kelakuan Jayden. Sebenarnya dia sudah terbiasa namun kelakuan Jayden itu sedikit sebanyak membuatkan Hayyan gerun kerana dia tahu kalau Jayden sudah marah semua yang berada di depan matanya bakal musnah.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now