16

1.1K 57 1
                                    

_______________

"untold stories."
_______________


Hazzel Elvianna pov.

Aku menjeling Jayden di sebelah. Kata kata dia tadi bermain di kotak fikiran. Second change? Huh, sejak bila aku bagi peluang? Aku rasa aku tak pernah bagi dia peluang. Dia sendiri yang mencipta peluang tu. Dia yang kurung aku dekat rumah dia sesuka hati.

Setiap hari aku cuba berlagak aku tak risau dan takut depan dia dengan harapan aku dapat merai percayaan dia. tapi.. Lain pula yang terjadi.

Dalam sibuk aku melayan perasaan, kereta Jayden berhenti di hadapan sebuah kedai bunga. Aku padang Jayden sekilas lalu kembali melihat kedai bunga itu.

"Nak buat apa dekat sini?" Soal aku dingin

"Tunggu sini." Dia tak menjawab soalan aku. Malah dia terus turun kereta.

"Jangan pernah terfikir nak lari." Pesan dia pada aku mendatar dan penuh dengan amaran. Aku terdiam. Sejujurnya, ini adalah peluang baru untuk aku selamat kan diri.

Tapi-

Aku takut. Aku takut apa yang akan terjadi lagi pada aku kalau Jayden berjaya tangkap aku semula.
Kemungkinan untuk aku berjaya selamat kan diri memang sangat tipis.
Aku hanya mampu mengeluh dan menahan tangis.

Aku takut dan aku tak tahu apa yang perlu aku buat. Aku trauma dengan apa yang terjadi pada aku dan juga Grey. Macam mana kalau perkara itu berulang kembali?

Aku memandang ke arah kedai bunga itu. Kelibat Jayden kelihatan sedang memilih bunga disitu. Entah kenapa mata aku tak boleh lari dari merenung dia yang sedang leka dengan bunga-bunga itu.

Dia nampak sempurna disitu.

Aku akui aku memang bodoh, sebab aku hampir bagi hati aku pada lelaki saiko itu sebelum ni. Tak masuk akal betul aku hampir lupa siapa Jayden pada aku.

Hubungan aku dengan dia sebatas penculik dan mangsa culik. Betul kata orang, Cinta tu buta. Ya, memang buta sampai aku tak sedar pada realiti sebelum ini. Dan sekarang aku dah cukup sedar dengan semua tu. Tapi aku takut untuk lari dari semua ni.

"Are you okey?"

Bahu aku sedikit terhinjut mendengar Suara garau itu. Pantas aku menoleh ke arah datangnya Suara itu. Sejak bila Jayden sudah berada di dalam kereta?

aku langsung tak membalas soalan itu. Aku terus membuang pandangan ke luar tingkap apabila perasan Jayden sedang merenung aku.

Apabila sedar aku tidak mahu menjawab soalannya, Jejaka itu mencampak perlahan bunga yang dibelinya ke seat belakang. Aku sekadar memerhati dari ekor mata segala kelakuan Jejaka itu.

Dia beli bunga untuk siapa?

Mahu sahaja aku ajukan soalan itu namun aku lebih memilih untuk berdiam diri. Aku tak nak bercakap dengan dia.

Hampir dua puluh minit Jayden memandu. Kami hanya diam tak bersuara dari tadi. Dia sibuk memandu dan aku pula sibuk melihat keluar tingkap.

Jayden membelok kekiri memasuki kawasan perkuburan kristian. Aku menoleh ke arah Jayden. Dia turut memandang aku bersama secarik senyuman.

Urgh, Aku benci senyuman dia.

"let's go." Ajak Jayden setelah memberhentikan keretanya.

"Tak nak." Bentak aku. Dah kenapa dia bawa aku ke kubur? Dia nak tanam aku pula lepas dia dah tiduri aku ke?

Dia memang gila.

"Jangan degil, Hazzel Elvianna." Tuturnya sebelum dia keluar dari perut kereta bersama bunga tadi. Dia berjalan menuju ke arah bahagian penumpang lalu membuka pintu untuk aku.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now