15

1.5K 82 4
                                    

_____________

"pain makes people change."

____________

Hazzel Elvianna termenung kosong. Dia toleh ke sebelah melihat sekujur tubuh yang sedang tertidur lena.

Tangannya menyelak selimut yang menutupi dirinya. Dia melipat bibir ke dalam sambil menahan tangis sebaik badannya yang tanpa seurat benang itu terlihat.

Dia jijik dengan badannya sendiri. Dia rasa sangat jijik melihat badannya sekarang. Sepanjang malam dia hanya menangis mengigat nasib yang menimpa. Dia langsung tak boleh tidur.

Kejadian malam tadi benar benar menghantuinya. Kejadian itu amat memberi kesan padanya.

Mahkotanya sudah di rampas oleh lelaki yang dia tak cintai. Beritahu Hazzel, siapa sahaja yang sanggup tubuh diratah dan di sentuh oleh lelaki tanpa keizinan dan kerelaan hati?

Jujur Hazzel tak rela.

Tapi apa daya Hazzel untuk menyelamatkan mahkotanya?? Dia tak ada kekuatan seperti seorang lelaki untuk berlawan dan memperhatankan dirinya. Apa lah daya dia untuk berhadapan dengan Jayden.

Dia marah dengan dirinya sendiri. Dia tahu, ini semua memang berpunca dari diri sendiri yang langsung tak hirau amaran dari Jayden. Tapi Jayden tak ada hak Walau sebesar zarah sekali pun untuk menyentuh dan merampas mahkotanya.

Hazzel terus berlari masuk ke dalam tandas. Dia terduduk di atas lantai dengan keadaan dirinya yang tidak berbaju. Dia menangis disitu. Seorang diri. Tiada siapa yang datang dan menenangkan dia. Walaupun ada, apa sahaja yang mampu dilakukan oleh orang itu? Mampukah dia bagi semula kesucian Hazzel?

Mampukah?

Dia benci yang teramat pada lelaki yang bernama Jayden sullivan itu. Dia benar benar benci.

Teringat Jayden, maka teringat lah dia tentang kejadian malam tadi. Hazzel berjalan lemah menuju ke arah air pancut. Dia membasahkan tubuhnya. Tangan kecilnya naik mengosok seluruh badan. kasar. Di mana tempat Jayden melabuhkan kucupannya semalam habis Hazzel sental sekuat hati. Dia berharap sangat dapat menghilangkan rasa jijik itu. Namun lagi Hazzel Cuba menghilangkan, makin bertambah jijik dibuatnya.

Buat kesekian kali, Hazzel terduduk sambil menangis tersedu sedan.

__________

Jayden masuk ke dalam bangsal di belakang rumahnya. Dia mendekati Grey yang sedang terduduk lemah di penjuru bangsal.

Dia mengeluh kesal. Entah lah dia cuma rasa kesal melihat keadaan Grey begitu. Namun kerana ego, dia rasa grey memang patut di ajar.

"Kau dah tahu apa akibatnya kalau langgar arahan aku. Jadi kenapa kau tetap buat?" Suara lelaki itu bergema.
Lembut tetapi tetap kedengaran tegas.

Grey tak berani untuk mengangkat wajahnya. Dia hanya mampu menunduk memandang lantai.

"Rules aku, hukuman mati pada sesiapa yang tak dengar kata." sengaja Jayden ingatkan tentang perkara itu. Dia jeling grey sambil tersenyum senget. Mendengar itu, Grey Hunter terus gelisah. Ya itu lah yang Jayden mahu. Ingin melihat kegelisahan dan ketakutan.

"Tapi..."

"Disebabkan Hazzel, aku bagi kau peluang untuk hidup. But tak bermaksud aku memang nak kau hidup."Jayden ketawa.

Terketar Grey dibuatnya. Dia tahu sisi gelap Jayden. Malah lebih dari tahu. Dia terlibat sama dalam semua kerja gila lelaki itu. sisi berani mati Jayden sudah sering dia lihat. Dan sudah tentu sekarang dia memang takut kalau Jayden apa-apakan dia.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now