18

1K 65 5
                                    

___________

Pagi itu, Hazzel masuk ke ruang makan untuk bersarapan. Matanya mencari kelibat seseorang. Namun kelibat itu tiada disitu.

"Selamat pagi Cik Hazzel."Tegur Grey dengan secarik senyuman.

" Selamat pagi Grey. " Sapa Hazzel kembali. Dia melabuhkan punggung di kerusi meja makan. Dia memandang makanan yang hanya terhidang untuknya seorang.

"Tuan Jay Tak ada ke?" Soal Hazzel ingin tahu. Dia pelik kerana di tempat Jayden tiada makanan yang terhidang.

"Haah, Cik Hazzel. Tuan Jay dah keluar ke tempat kerja awal pagi lagi. Dia kata ada emergency." Jelas Grey.

Hazzel mengangguk sebagai jawapan. Baguslah kalau macam tu , tak perlu dia hadap muka lelaki itu hari ni.

"Erm.. Grey." Panggil Hazzel perlahan.

"Ya saya Cik Hazzel?"

"Cik Hazzel ada nak apa-apa ke?" Soal Grey setelah melihat Hazzel berdiam diri.

Hazzel mengangguk seraya mencebik bibir.

"Saya sebenarnya craving sesuatu... Boleh ke kalau saya nak minta orang dapur buatkan?" Soal Hazzel perlahan. Sebenarnya dia rasa serba salah nak meminta-minta. Tapi nak buat macam mana, tekak ni teringin sangat nak makan benda tu.

"Cik Hazzel craving?" Soal Grey meminta kepastian. Keningnya ternaik sedikit. Sekali lagi Hazzel mengangguk sebagai jawapan.

"Cik Hazzel craving apa?"

"Saya.. Saya nak pudding caramel. Dari semalam saya teringin nak makan..." Ucap Hazzel dalam nada sedih. Entah kenapa hatinya dijentik oleh perasaan sedih yang sukar digambarkan.

"kalau macam tu saya minta orang dapur buatkan untuk Cik Hazzel. Tunggu kejap,biar saya arahkan orang dapur buat untuk Cik." Grey berlari anak untuk ke dapur. Dia mengarahkan orang dapur untuk buatkan pudding caramel untuk Hazzel.

Hazzel tersenyum lebar. Tak sabar rasanya nak makan pudding caramel. Pasti nikmat dapat makan puding itu sambil menonton movie sekejap lagi.

Hazzel kembali menikmati sarapannya. Senyuman masih kekal di bibir merah gadis itu.

____________

Suasana di bilik mensyuarat itu sunyi sepi setelah mendengar pengunguman yang dibuat oleh lelaki bernama Jayden sullivan itu. Semua memadangnya dengan wajah tidak percaya.

Benarkah?

"Kau-.. Kau biar betul Jay?" Soal Ethan yang sudah berdiri dari tempat duduknya. Dia kebinggungan.

"Ya, kau ada nampak macam aku ni tengah bergurau ke?" Jayden menjawab sambil menunjukan wajah seriusnya.

semua yang ada disitu mula percaya dengan apa yang baru di katakan Jayden sebenar tadi. Lagi pun mustahil lelaki itu hendak bergurau dengan perkara ini. lelaki dingin itu tak pernah sekali pun bergurau dengan mereka.

"Kau nak aku jadi ceo syarikat kau ni?! Kau gila ke apa?" Soal Ethan lagi dengan nada yang sudah meninggi.

Sungguh tak boleh di terima dek akal.

Jayden mengeluh lemah. "Ya Ethan Jordan. Kau nak aku ulang sekali lagi ke?" Jayden tayang wajah malas. Dia memandang semua wajah yang ada di dalam bilik itu.

"Listen up everyone, in case some of you did not hear what I said earlier. Yes, Mulai hari ini pangkat CEO akan diberikan kepada Ethan Jordan dan bermakna syarikat Douceur kini miliknya."

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now