11

1.5K 73 6
                                    

_______________

Hazzel yang baru Selesai mandi keluar dari bilik air dan berjalan menuju ke almari pakaian untuk mengambil baju. Namun langkah kaki gadis itu terhenti. Dia kejung disitu.

Matanya terpaku pada Sekujur tubuh lelaki yang sedang terbaring merehatkan badannya di atas katil Hazzel. Lama Hazzel memerhati tubuh itu.

Dia buat apa tidur dekat sini? Hazzel tak sampai hati nak kejut. Gadis itu mengaru kepalanya.

"Biarkan saja? Tak apa kut? Aku boleh pakai baju dalam tandas." Gadis itu mengumam sendiri.

Gadis itu mengeluh lalu menjeling tajam pada lelaki itu.

Segera Hazzel mengambil bajunya dari almari dan pelahan lahan kembali masuk ke dalam tandas untuk memakai baju.

Selesai berpakaian, Hazzel kembali keluar dari tandas dan Jayden masih sedang terlelap di atas katil Hazzel.
Mungkin Jayden penat sehingga terlelap di atas katil itu?

Tapi dia kan ada bilik sendiri? Kenapa dia nak tidur dekat bilik aku pula? mungkin Jayden ada perkara penting hendak diberitahu tapi Jayden malah terlelap Semasa menunggu Hazzel Selesai mandi?

Mungkin.

Hazzel menapak mendekati Jayden. Bau maskulin yang datang dari badan Jayden menusuk hidung Hazzel. Hazzel suka bau badan Jayden. Bau tu menarik. Jayden ada satu bau yang buat Hazzel tertarik, tak pasti sama ada itu bau minyak wangi atau bau tu memang datang dari badan Jayden.

Hazzel mendekatkan wajahnya untuk melihat adakah Jayden benar benar sedang tertidur. Tangan kecilnya dilambai beberapa kali di depan wajah Jayden bagi memastikan lelaki itu benar-benar tertidur.

Hazzel duduk di sebelah Jayden. Wajah itu di telek lama. Buat pertama kalinya hazzel dapat merenung wajah lelaki itu.

"Handsome jugak eh." Gumam Hazzel sendiri.

"Kening cantik, bulu mata lebat, hidung mancung, bibir merah, kulit pun cantik... Pakej lengkap."

"Tapi handsome pun tak guna kalau suka buat perkara yang tak jelas." Dalam sibuk memuji, Sempat lagi Hazzel mengutuk lelaki itu.

Betul apa? Memang Jayden suka buat benda tak jelas pun. Kalau tak kenapa dia bawa Hazzel ke sini kan?

"Seronok tak mengumpat saya dalam hati?"

Bagai nak tercabut jantung Hazzel dibuatnya. Tiba-tiba sahaja Jayden bersuara menegur gadis itu namun mata Jayden masih tertutup rapat. Senyuman mengejek terbit di bibir Jayden.

Drastik Hazzel berdiri menjauhkan diri dari Jayden. Hazzel dapat rasa wajahnya sedang merah sekarang!
Bukan ke tadi Jayden memang sedang tertidur lena?! Ataupun sebenarnya Jayden memang tak tidur tapi hanya berpura-pura?!

ARGH!!

"Hai girlfriend. Boyfriend awak ni handsome ke?" usik Jayden. Hazzel langsung tak memandang Jayden. Dia hanya mampu merenung lantai serta merenung nasib diri sendiri sahaja!

Hazzel bertambah malu kerana Jayden menyebut 'girlfriend' Dan 'boyfriend ' itu.

Telinga Hazzel terasa panas kerana terlalu malu. Siapa je tak rasa malu kalau berada di tempat Hazzel? Kantoi usya muka orang lama-lama adalah perkara yang sangat memalukan.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now