5

1.7K 84 8
                                    

____________

" Yes, it's dengerous. That's why it's fun."

_________________


Tiga minggu kemudian......

Tok tok tok.

Pintu pejabat Jayden di ketuk beberapa kali. Jayden yang sedang sibuk menyemak sesuatu di komputer mengarahkan seseorang itu untuk masuk.

"Hai Jayden." Mia melangkah menghampiri Jayden yang sedang sibuk dengan kerjanya.

"Oh Mia. Kau buat apa dekat sini?" Mia ketawa melihat Jayden seakan terkejut dengan kehadiranya.

"Mana Ethan?" Soal Jayden lagi sambil matanya mencari kelibat ethan di belakang Mia.

"Dia busy, macam u ni." Perli Mia. Jayden mengaru tengkuk.

"Duduk lah." Pelawa Jayden. Mereka melabuhkan punggung di sofa kulit yang terdapat di dalam pejabat milik Jayden itu.

"Actually, I datang ni sekejap je sebab nak cakap sesuatu." Ujar Mia. Jayden memandang Mia pelik.

"Sesuatu? What is it?"

"I rasa u dah boleh stop kut hantar bunga dekat rumah I." Jayden terdiam mendengar ayat Mia.

"How do you know-"

"Jy. S is for Jayden sullivan. Am I right?" Teka Mia. Terselit tawa di hujung ayat gadis itu.

Jayden kembali memandang Mia. Dia langsung tak menjawab pertanyaan Mia itu.

"Did she receive it?" Soal Jayden. Mia senyum. Jayden tidak menafikan itu adalah dia, maknanya betul lah Jayden yang selalu hantar bunga itu di rumah Mia.

"Nope." Jawab Mia.

"But jangan salah faham okey, bukan I yang tak bagi but she... Hmm dia dah berhenti. And I tak tahu kemana dia pergi." sambung Mia lagi dengan nada sedih.

"what?!" Jayden kelihatan tidak percaya. Nadanya yang sedikit meninggi membuatkan Mia tersentak.

"I'm sorry." Jayden yang sedar dengan kelakuannya tadi terus meminta maaf. Mia hanya tersenyum nipis.

"Hmm. Bunga yang u hantar tu ada berlambak dalam bilik dia. Dia janji dengan I yang dia akan datang lawat I lepas dia berhenti but ni dah masuk minggu ke tiga dah dia tak datang pun." jelas Mia lagi.

"kau memang tak tahu kemana dia pergi?" Soal Jayden meminta kepastian dari Mia. Mia mengangguk.

"Haah, dia tak nak bagi tahu I. I don't know why."

"rumah dia?"

"I tak tahu Jayden. I'm so sorry."

Jayden meraup wajahnya. Dia sedikit kesal dengan dirinya sediri kerana langsung tak bertemu dengan Hazzel selepas majlis hari jadi Mia tempoh hari.

"tu je yang I nak bagi tahu. Dah lah I nak jumpa Ethan sekejap." Mia menepuk bahu Jayden beberapa kali sebelum gadis itu keluar dari pejabat Jayden.

Jayden mendiamkan diri di tempatnya. Dia menutup matanya rapat Cuba untuk menahan emosinya.

"Shit!"

                          __________
   

2:00 pagi.

Lelaki itu masih belum melelapkan mata. Dia duduk di birai katil sambil meneguk segelas wain merah.

Dia tidak dapat untuk tidur dengan lena. Hatinya masih belum tenang. Dia perlu berjumpa dengan wanita pujaan Hatinya itu!

Tapi bagaimana?

Otaknya hampir pecah memikirkan tentang di mana rumah wanita itu berada. Dia perlu melakukan sesuatu agar suatu hari segala tentang gadis itu berada di hujung jarinya.

Dia tergelak besar.

"Aku Jayden Sullivan. Aku boleh dapat apa pun yang aku nak." Tuturnya sendiri dengan bangga. Cawan yang tadi di tanganya di baling ke arah dinding sehingga cawan itu pecah berderai.

"Tunggu sayang. Tak lama lagi kau akan ada di dalam pelukan aku."

Dia bangun lalu mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Jarinya laju mencari nombor seseorang lalu dia menghantar sebuah pesanan kepada nombor itu.

Dia tersenyum puas setelah beberapa kali membaca kambali pesanan itu. Dia meletakan telefon itu di meja sebelum merebahkan dirinya di atas katil.

10:30 pagi.

Jayden membuka matanya luas. Tangan kasarnya naik memicit pelipis.

"arghh.." Jayden merintih. Kepalanya terasa berat dan agak berpinar. Mungkin kerana dia meminum terlalu banyak minuman berakohol malam tadi.

Lelaki itu duduk di birai katil sambil mengurut tengkuknya yang terasa lenguh. Dia mengatur langkah dengan malas menuju ke kamar mandi.

Selesai mandi, Jayden bersiap-siap untuk keluar. Hari ini dia tidak ke tempat kerja.

Sebelum itu, sempat Jayden menjamah sarapan yang di buat oleh pembantu rumahnya. Lelaki itu kemudiannya menuju ke kereta lalu memandu laju meninggalkan vila mewahnya.

Jayden memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan sebuah rumah usang yang terbiar serta jauh dari orang ramai. Lelaki bermata kelabu itu dengan santai melangkah masuk ke dalam sana.

Dia memasukan ke dua belah tangannya ke dalam poket. Dari jauh, kelihatan sekumpulan lelaki sedang membungkus mayat seseorang .

Dia mengetap gigi kuat sehingga menampakan bentuk rahangnya yang tajam.

"Baru nak buat hari ni?" Tegur Jayden dingin. Dia menanggalkan jam rolex di tangan lalu diletakan dibuku lima untuk di jadikan senjata.

Dengan sekelip mata, tangan Jayden hinggap di pipi salah seorang dari sekumpulan lelaki itu.

Semua terdiam tak berkutik. Kecuali lelaki yang sudah ditumbuk Jayden. Dia sedang mengelupur menahan sakit.

"Ma-maaf tuan Jay.. Semalam ada roadblock dekat area ni. Kami tak dapat nak masuk kawasan ni." Jawab salah seorang dari mereka. Semua menundukkan wajah mereka. Tak berani ingin melihat wajah bengis Jayden.

Jayden melepaskan nafas berat. Dia kemudiannya duduk mencangkung dihadapan mayat itu. Dia mengelap jam berjenama Rolex itu pada baju mayat tersebut.

Sempat Jayden memandang sinis ke arah mayat itu. Dia puas melihat mayat itu yang sudah berlumuran darah.

"Clean all this. I don't want to hear any sounds!" Tutur Jayden lagi lalu berlalu pergi dari situ.

Sekumpulan lelaki itu segera mengangguk. Mengiyakan kata-kata Jayden. Mereka semua kembali membuat kerja yang tergendala.

Jayden naik ke tingkat atas rumah usang itu. Disitu lah dia menyiksa orang.

Syurga dunia Jayden Sullivan.

Jayden melabuhkan punggung di atas sofa kulit yang terdapat di tengah-tengah ruangan itu.

Lelaki itu mengeluarkan sekotak rokok dari poketnya. Sebatang rokok diletakan dihujung bibir sebelum rokok itu di bakar menggunakan pemetik api berwarna merah.

Dia menyedut asap rokok itu lalu menghembusnya keluar. Dia bangun lalu berjalan ke arah koridor.sebelah tangannya dimasukan ke dalam poket. Jayden Melihat ke arah bawah sambil menghembus asap rokoknya.

Kelihatan sekumpulan lelaki tadi sedang memasukan bungkusan mayat tadi ke dalam van berwarna hitam.

Melihat itu membuatkan jayden rasa teruja tanpa sebab.Jejaka itu kembali ke sofa kulit tadi lalu duduk bersenang lenang di sana.

________

Ups... Ter kantoi pula sisi gelap Jayden. Hmm, author tak tahu apa apa. (lari)

"Jangan turn off dengan saya okey?"
(mini love plus senyuman
mematikan dari Jay)
-Jayden sullivan.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now