12

1.6K 69 6
                                    


____________

"Je Te Veux."

_____________

Hazzel membuka matanya luas. Secara automatik dia kembali teringat kejadian pada pukul dua malam tadi. Dia menelan air liurnya sebelum dia menoleh ke sebelah.

Jayden Sullivan sedang tertidur lena disebelahnya. Lelaki itu tidak berbaju dari malam tadi dan hanya mengharapkan selimut untuk menutup tubuh kekarnya. Sebab itu Jayden mengadu sejuk pada Hazzel memandangkan malam tadi hujan lebat dan penghawa dingin tidak di matikan.

Hazzel mengigit bibirnya. Kenapa dia tak terfikir untuk tutup Penghawa dingin? Free je kena peluk dengan Jayden malam tadi.

Perasaan aneh saat mula-mula Jayden memeluknya malam tadi kembali menerpa. Saat Jayden membawa kepalanya untuk bersandar pada dada lelaki itu juga masih bermain di fikiran gadis itu.

Hazzel menutup mata rapat. Dia tak sanggup untuk mengingat kembali kejadian itu dan dia berharap sangat perkara tersebut bakal lenyap ditelan waktu. Jantungnya berdegup kencang setiap kali dia teringat kejadian itu.

Urgh!

Hazzel menolak selimut pelahan-lahan dan Cuba turun dari katil setenang yang mungkin kerana tidak ingin menganggu Jayden yang sedang tertidur lena disisinya.

Hazzel berjaya menjejakan kakinya di atas lantai tanpa membuat Jayden tersedar dari tidur. Dia berjalan pelahan-lahan masuk ke dalam tandas.

Jayden terjaga dari lena. Tangannya meraba-raba di ruang sebelahnya. Dia membuka mata setelah perasan Hazzel sudah tiada disebelahnya.

Dia bangun dari pembaringan sambil mengosok sebelah matanya yang terasa gatal.

"Hazzel?" Dia memanggil nama gadis itu. Jayden menoleh ke arah terletaknya bilik air setelah terdengar bunyi seseorang sedang memberus gigi.

Jayden tersenyum nakal lalu bergerak ke sana. Dia memulas tombol pintu bilik air itu. Senyumannya semakin melebar kerana pintu itu sama sekali tidak terkunci.

"Eh! Jayden awak buat apa ni?!"

"Good morning."

Jayden menutup pintu bilik air itu.

____________________

Jayden Sullivan melangkah ke arah sebuah bangsal yang terletak di belakang vilanya.

Dia masuk ke dalam bangsal itu sambil melipat lengan kemejanya sehingga ke paras siku. Dia bergerak ke arah sebuah meja kayu. Di atas meja itu terdapat banyak senjata tajam bermacam bentuk Dan saiz.

Pisau rembo menjadi pilihan Jayden hari ini. Dia berpaling menghadap Sekujur tubuh yang terikat secara terbalik di dalam bangsal itu. Jayden bersandar pada meja itu sambil jarinya bermain main dengan muncung pisau yang berkilat itu.

"Good morning sunshine." Sapa Jayden. Dia menapak mendekati tubuh yang sudah tidak bermaya itu.
Wajah yang berlumuran darah itu ditatap sadis.

"Kau.. Kau nak apa?" Lelaki malang itu bertanya dengan lemah.

"Saja. Nak bermanja dengan kau hari ni. Semalam tak sempat. Busy." Ucap Jayden selamba. Dia duduk bersila di hadapan lelaki yang terikat itu.

"Kau nak bebas tak?" Soal Jayden. Lelaki itu mengangguk lemah.

"Tapi kau tahu kan aku tak kan lepas kan kau macam tu je?" Soal Jayden lagi. Dan lelaki itu sekali mengangguk kepala, mengiyakan kata kata Jayden.

"Kenapa kau dedahkan rahsia Syarikat aku dekat lelaki sial tu? Kau memang tak sabar nak mati ke macam mana? Kau tahu kan aku benci orang sial macam dia dan kau."
Jayden sengaja mendekatkan pisau itu pada dada lelaki itu. Dia suka melihat orang dalam ketakutan seperti ini.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now