𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 00

771 46 5
                                    

"Aku terima nikahnya Love Kaylene Smith binti Haris Darren Smith dengan mas kahwin sebanyak RM35000 dan sebiji rumah agam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku terima nikahnya Love Kaylene Smith binti Haris Darren Smith dengan mas kahwin sebanyak RM35000 dan sebiji rumah agam." Perlahan air mata gadis itu mengalir mendengar lafaz akad nikah yang dilafazkan suaminya. Terharu, tak sangka dia sudah bergelar seorang isteri di usia muda. Tapi apa dia kisah? Janji dapat kahwin dengan orang tercinta.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah?"

"Sah!"

Tangannya diusap lembut si ibu, Puan Lina. Gadis itu mengangkat kepala, melihat wanita disebelah. Tangan tua si ibu naik ke wajahnya, menyeka air mata yang mengalir. Anak matanya melihat si suami, yang tampak tenang dan dingin. Mata bundar jejaka itu jelas menunjukkan, dia tenang dan tidak gugup sama sekali.

"Anak mummy tak boleh nangis. Tak cantik nanti." Terus tubuh ramping anaknya dipeluk erat. Tangisan yang ditahan akhirnya dihamburkan jua. Tangis dalam kebahagiaan. Bahagia dapat memiliki suami yang dia cintai sejak dulu.

Di usia 17 tahun, dia meminta kepada ibu bapanya untuk meminang seorang lelaki untuknya. Ares Ishan Deveruex, lelaki yang telah mencuri hatinya. Baru saja berkenalan beberapa hari, hati gadis ini sudah terpaut sepenuhnya dengan jejaka tersebut. Memang tak masuk dek akal fikiran apa yang dia buat itu.

Terkejut bukan kepalang lagi ibu bapanya mendengar berita tersebut. Anaknya seorang perempuan dan memintanya meminang seorang lelaki di usia yang muda? Terkejut, namun dilakukan jua asalkan ia tidak bercanggah dengan agama Islam.

Teringat pula dia akan kejadian 2 bulan lepas. Malam dimana dia meminta ibu dan ayahnya untuk ke New York, Amerika untuk meminang jejaka itu. Dia sedar, dia membuat keputusan yang agak mengejutkan namun, dia betul-betul ikhlas dalam mencintai jejaka tersebut.

"Mummy, daddy."

Suara dilembutkan. Mata redup si gadis melihat tepat kedua wajah orang tuanya. Encik Darren yang sedang membaca Al-Quran itu terhenti. Sempat dia menghabiskan sebaris ayat lalu ditutup Al-Quran tersebut dan diletakkan di atas sebuah meja bersebelahan sofa.

"What's wrong princess?" soal Encik Darren lembut. "Ada lah tu benda yang nak dibodek. Kan sayang? Mummy tahu dah puteri mummy macam mana." Puan Lina menatang sedulang kopi panas sambil menyampuk perbualan dua beranak itu.

"Em." Love Kaylene masih lagi ragu-ragu. Nafas ditarik sedalamnya lalu dihembus. Bibir ditarik senyuman lebar. Kepala diangkat, melihat kedua orang tuanya kembali. Puan Lina berkerut dahi. Dia dan suaminya saling memandang. Kenapa dengan anak aku ni?

"I nak kahwin."

Senafas dia mengucapkan ayat keramat yang baginya terlalu payah untuk dia berkata. Suara ibarat tersekat di celah kerongkong. Lidah terasa kelu. Namun, kini dia sedikit lega. Puan Lina terkedu. Encik Darren menelan air liur payah. Dada diusap perlahan, dek kerana terkejut.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now