𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 06

466 27 3
                                    

Kereta diparkir di tempat parkir bawah tanah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kereta diparkir di tempat parkir bawah tanah. Penuh dengan kereta berjenama milik Ares yang dibeli menggunakan duit hasil titik peluhnya sendiri.

Ares membuka pintu kereta untuk isterinya. Tangan kanan dihulur buat gadis itu, memudahkannya untuk berjalan keluar daripada perut kereta. Kaylene tersengih kerang busuk, di dalam hati, dia ketawa gedik. Malu titew!

Pipi Kaylene sudah mulai memerah. Ares sembunyi senyum di sebalik wajah dinginnya, terhibur dengan Kaylene yang malu teramat sangat dengannya. Gadis itu masih ragu-ragu untuk memegang tangannya. Sedari tadi gadis itu diam saja.

"Eee I malu lah. You janganlah buat I macam ni. Jantung I macam nak pecah dah! Ini semua salah you tau!" Suaranya seakan-akan merengek. Dia malu! Baru saja dia terfikir untuk menggoda suaminya, tapi tak sangka pula dia malu apabila berhadapan dengan si suami. Kaki dihentak sekali, geram dengan Ares.

Mission failed!

Ares makin galak mengusik.

Dicuit pipi kanan Kaylene, sekejap kiri sekejap kanan. Sekejap disentuh, sekejap dipicit-picit geram. Tangan Kaylene naik menepis perlahan. Tolonglah berhenti, jantung dia dah nak tercabut ni! Cik jantungnya dah nazak!

"You..."

"Janganlah, jantung I nak meletup dah ni! You punya pasal lah!" Tanpa sedar, gadis itu merengek kecil meminta suaminya berhenti mengusik dirinya.

"Alright little love, I'm sorry darling."

"You're just too cute to handle."

Kaylene tergamam. Wajahnya makin membahang. Darah naik menyerbu wajah. Merah bak tomato, bahkan mengalahkan tomato. Panas mengalahkan api. Kenapa jejaka itu sering kali membuatkan dirinya tak keruan? Menyesal dia ikut lelaki itu tadi! Tapi berbaloi juga, boleh melepaskan rindu!

Keadaan senyap kembali.

Ares berhenti mengusik Kaylene. Tiada lagi senyuman di jejaka itu. Tiada lagi tawa. Hanya wajah beku saja. Kaylene terasa bersalah. Lelaki itu merajuk kah? Ares melangkah mendekati pintu utama. Bayangan Ares yang makin menjauh itu membuatkan dirinya mengeluh berat.

Password ditekan.

'1506__'

Terkedu, lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata-kata. Tarikh tu. Tarikh hari perkahwinan mereka 8 tahun lalu, 15 Jun 20__. Gabungan tarikh lahir mereka berdua.

4 Jun.

15 Disember.

Dan akhirnya, tarikh 15 Jun menjadi pilihan untuk mereka akad nikah dan menghalalkan apa yang haram. Tidak perlu lagi Kaylene risau jikalau Ares jatuh ke tangan perempuan lain. Mengingatkan tentang perkara ini, terimbas kembali wajah Irine saat dia mengugut gadis itu.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now