𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 10

402 19 0
                                    

Agak lama Scylla tertidur di atas riba Ziyyad

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Agak lama Scylla tertidur di atas riba Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak terasa lenguh, namun lama-kelamaan terasa juga lenguh. Jejaka itu mengeluh halus. Gadis ini memang tak mahu bangun ke?

"Scylla, wake up."

Ziyyad membisik tepat di sebelah telinga Scylla. Gadis itu perlahan membuka mata. Ziyyad senyap seketika, dia pasti Scylla pasti mamai dan tidak mengingati apa-apa.

"Eh, I dekat mana ni?" Scylla toleh kepala sambil merungut perlahan. Sambil itu dia memicit pelipis, macam mana dia boleh tertidur pula ni.

"Lah tertidur atas riba Ziyyad rupanya." Ziyyad tertawa dalam diam melihat Scylla yang sememangnya blur.

"Hah? Ziyyad? Tertidur atas riba Ziyyad Rafael? Oh my god! What a freaking fish! Apa you buat ni Scylla!" Cepat-cepat dia bangun dan melarikan pandangan daripada terus direnung Ziyyad. Jejaka itu hanya beriak biasa. Selamba dia bangun dari kerusi seolah olah tiada apa yang berlaku.

Scylla mengetap bibir geram, malunya!

"Finally, you're awake." Ziyyad memasukkan tangan je dalam poket seluar dan terus melangkah keluar. Scylla membetulkan rambut dan bajunya. Mujur saja skirt pendek paras pahanya tidak terselak.

Telefon pintar dan airpod di simpan kembali ke dalam beg sandang. Kemudian, terus dia mengejar langkah Ziyyad. Nasib tidak tersesat tadi. Namun, entah di mana silapnya, dia terjatuh terjelepuk. Scylla mendesis kesakitan.

"Auch sakit..." rengek Scylla. Ziyyad terus berhenti dan berlari ke arah Scylla yang terduduk apabila dia mendengar suara gadis itu merengek kesakitan. Macam-macam lah gadis ini!

"You, sakit... Hiks." Scylla teresak kecil. Ziyyad mencangkung di hadapan gadis itu sambil membelek lutut dan sikunya yang terluka. "Macam mana boleh terjatuh? Kau ni, cuai betul." Sempat jejaka itu membebel. Scylla tersebik-sebik menangis.

"Ta-tadi I lari lah sebab nak kejar you. You laju sangat! I mana ingat jalan dalam ni, jadi I lari lah, lepastu I terlanggar kayu ni. Eee siapa suruh kayu tu ada dekat situ? Kalau kayu tu tak ada, I tak jatuh tau! Ini semua salah kayu! You pun salah, siapa suruh laju sangat? You tak tunggu I pun," rungut Scylla perlahan. Ziyyad mengemam bibir, menyimpan tawa.

Terasa kelakar mendengar ulah comel Scylla.

"Ye Scylla, kau tak pernah salah. Kayu tu yang salah." Ziyyad hanya melayan perangai keanak-anakan Scylla. Perempuan kan tak pernah salah? Lelaki je yang selalu salah.

"You, I tak boleh jalan lah... You dukunglah I, sakit sangat ni hiks." Kedua tangan gadis itu didepakan, minta didukung. Tanpa berkata apa-apa, Ziyyad terus mendukung gadis dari belakang. Scylla merangkul kemas leher Ziyyad dan kakinya mengepit pinggang Ziyyad erat. Dapat dia bau haruman maskulin jejaka dingin itu.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin