𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 01

594 42 2
                                    

Deveruex Empire, Kuala Lumpur

Hoppsan! Denna bild följer inte våra riktliner för innehåll. Försök att ta bort den eller ladda upp en annan bild för att fortsätta.

Deveruex Empire, Kuala Lumpur.

"Sir."

Ares Ishan Deveruex berhenti menaip. Tangannya memeluk tubuh, badan disandarkan kepada kerusi kerja. Matanya tajam melihat susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri tegak bersama beberapa fail di tangan. Dengan wajah yang beku, Ares bersuara mendatar.

"Put it there."

Lelaki itu akur. Dia membawa kesemua fail yang dia pegang tadi dan menghampiri meja kerja Ares. Lalu, diletakkan kesemuanya di situ. Pantas Ares mencapai satu fail hitam. Tertera tajuk di muka hadapan, laporan kewangan bagi bulan lepas. Manakala, lelaki tadi yang bergelar pembantu peribadinya masih statik berdiri.

Wajahnya berubah cemberut. Sedikit tidak berpuas hati dengan laporan yang disediakan oleh pekerjanya.

"Adriell."

Lelaki yang bernama Evan Adriell itu terus berdiri tegak. Naik lenguh juga kakinya dari tadi berdiri di situ tanpa arahan apa-apa daripada Ares.

"Yes sir?"

"Call her." Evan mengangguk, dia berjalan keluar daripada bilik Ares untuk memanggil insan yang bernama supaya datang ke situ. Tidak lama kemudian, muncul seorang wanita berusia lingkungan 30an yang berpakaian agak seksi dengan rambut panjangnya yang dibiarkan lepas.

"Come in!"

Terus Puan Amanda, datang masuk ke dalam dengan debaran di dada. Rasanya tadi dia sudah menghantar laporan bulanan kepada Ares. Puan Amanda, ketua bahagian kewangan syarikat itu datang setelah diarahkan Evan seperti yang disuruh Ares.

Fail berlabel Ogos itu dia ambil. Ogos? Oh ya, hari ini sudah masuk 1 September. Ares masih diam sambil membelek-belek fail itu. Kemudian, dahinya berkerut.

"I've checked this report and there's something strange here. Kan Amanda Deveruex?" Lambat-lambat Puan Amanda mengangguk kepala. Dia tahu, ada yang tak kena dengan laporan tu. Dan dia sedar, ada orang telah keluarkan duit syarikat tanpa persetujuan daripada Ares.

"Ada orang keluarkan duit 2 juta. You know about this?" Ares soal sinis. Bibirnya naik mengukir senyuman penuh makna. Dia tahu dia nak buat apa dengan manusia yang dah menyeleweng duit syarikat ni. Tch, bodoh! Memang wang dua juta itu tidak seberapa tetapi nilainya masih besar.

"Tahu tuan. Tapi saya tak tahu siapa." Angguk Ares. Nama Evan dia seru.

"Adriell!" Laju Evan masuk ke dalam.

"Yes sir?" Dia menghampiri meja Ares yang penuh dengan fail dan dia berdiri di sebelah Puan Amanda yang masih menunduk. Takut dengan Ares barangkali.

"Ada orang seleweng duit syarikat. Aku nak kau siasat hal ni. Sampai dapat dalangnya." Evan angguk. Wajahnya serius dan beku. Sifatnya yang manja hanya ditunjuk ketika dia meluangkan masa berdua dengan Ares.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Där berättelser lever. Upptäck nu