𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 17

208 17 0
                                    

Ravenna Almerra, atau lebih mesra dikenali sebagai Rosewood dalam dunia gelap itu duduk sambil menyilangkan kakinya di atas sebuah kerusi sambil menunggu kedatangan Ares, Arath, Evan, Elvian dan Ziyyad

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.

Ravenna Almerra, atau lebih mesra dikenali sebagai Rosewood dalam dunia gelap itu duduk sambil menyilangkan kakinya di atas sebuah kerusi sambil menunggu kedatangan Ares, Arath, Evan, Elvian dan Ziyyad.

Ada kerja yang harus diselesaikan. Ravenna memeluk tubuh, sambil tangannya menuang segelas wain merah ke dalam gelas kaca. Lalu, diteguk kasar sambil merengus. Disebabkan perkara ini lah dia malas mahu berurusan dengan orang lain, dia tidak suka menunggu walaupun hanya seminit.

Even at the first place, she's the one who excited about this meeting.

Klak!

Ravenna memanjangkan leher, ingin melihat gerangan manusia yang membuka pintu kafe tersebut dari luar.  Dengusan kasar dilepaskan, sampai juga akhirnya. Ingatkan dah mampos. Aneh juga, terdapat wain dijual di sini, mungkin kerana Ravenna sendiri yang membawanya? Tch, gadis itu selalu saja bertindak di luar kawalan.

"Sorry miss, we're late." Evan tunduk 90° darjah, sambil meminta maaf atas kelewatan mereka ke kafe tersebut. Dengan wajah yang berlagak dan angkuh, Ravenna sekadar mengabaikan saja. Tidak mahu mengambil peduli, yang dia tahu, dia mahu urusan mereka diselesaikan dengan segera.

Mereka berlima mengambil tempat masing-masing, berhadapan Ravenna. Gadis itu ligat menuang lagi wain merah ke dalam gelas kaca miliknya, seolah-olah tiada sesiapa di situ melainkan dirinya sahaja.  Ibarat, ini dunianya.

Tanpa sedar, segala tindak tanduknya diperhatikan Arath. Anak mata jejaka itu mengekori setiap pergerakan Ravenna.

Arrogant yet attractive.

"So, speak. Ada apa datang jumpa I?" Mendatar nada suaranya. Ravenna meneguk perlahan wain merah tersebut sambil matanya melirik memandang Arath yang sedari tadi merenungnya. Bukan dia tidak tahu akan tujuan mereka berjumpa, walhal dia sendiri setuju untuk berjumpa dan ada agendanya yang tersendiri.

Damn, he's hot.

Ravenna sengih sinis.

"Kau kenal The Blackburn?" tanya Evan serius, terus kepada tujuan utama mereka ke sini kepada Ravenna. Nadanya yang sopan santun tadi berubah menjadi serius dalam sesaat. Sempat dia senyum sinis sebelum angguk. Mana mungkin dia tidak kenal dengan The Blackburn, malahan banyak kali juga dia bergelut seorang diri dengan konco-konco mereka.

"You have to cooperate with us Rosewood or shall I call you Ravenna Almerra?" Elvian pula bersuara. Jejaka pemalu itu senyum manis, buatkan Ravenna tersentak dalam diam. Mana mungkin jejaka itu tahu nama sebenarnya. Namun, riak wajahnya dikawal sedaya mungkin.

"Kalau I cakap tak nak?"

Ravenna sengaja bermain tarik tali. Walhal dalam diam, dia sedikit gembira apabila Evan menghubunginya beberapa hari lepas untuk berjumpa dan berbincang strategi untuk menjatuhkan The Blackburn.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Où les histoires vivent. Découvrez maintenant