𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 03

494 30 0
                                    

Kaylene menyanyi kecil sambil bibirnya menarik senyuman lebar tidak henti-henti dari tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaylene menyanyi kecil sambil bibirnya menarik senyuman lebar tidak henti-henti dari tadi. Puan Lina melihat anaknya dengan pandangan aneh. Anak aku ni sihat ke tidak? Aneh melihat Kaylene yang sejak pulang tadi tidak lelah senyum sambil menyanyi sendiri. Ingin ditanya kepada Ken dan George tadi, namun tidak sempat pula.

"Gembira je mummy tengok you ni. Ada apa-apa ke?" tegur Puan Lina sambil mengusap kepala anaknya yang sedang berendam di kolam renang. Kaylene tersengih sumbing dan mendongak sedikit untuk melihat ibunya.

"Haah mummy."

Puan Lina tersenyum. "Cuba cerita dekat mummy, apa yang you gembira sangat tu?" Kaylene angguk, akur.

"I diterima kerja! Tapi sebagai intern je. Itupun I dah bersyukur, janji dapat jumpa Ares hehehe." Terkekek-kekek gadis itu ketawa. Puan Lina mengucap Alhamdulillah atas rezeki yang diberi tuhan.

"Baguslah kalau macam tu. You interview dekat situ ke haritu?" Dia gembira melihat Kaylene ketawa. Jarang untuk dia dan suaminya melihat anak perempuan mereka ketawa terkekek seperti ini. Sejak anak dan menantu mereka berpisah, sememangnya Kaylene jarang sekali ketawa.

Senyap.

Keadaan senyap kembali. Kaylene yang sedang terkekek ketawa berhenti tiba-tiba apabila wajah suaminya mula terbayang. Teringat kembali kesemua komen warga media massa terhadap suaminya.

'Mesti bujang lagi!'
'Aku nak jadikan dia suami aku!'
'Hensem siot! Aku nak jadikan gambar dia sebagai wallpaper!'

Nafas berat dihela. Tidakkah Ares tahu betapa cemburunya dia melihat jejaka itu menjadi tumpuan orang lain terutamanya wanita?

Dia tidak suka melihat suaminya mendapat perhatian wanita lain. Sedangkan dia hanya mampu melihat dari jauh. Hubungan mereka dekat tetapi hati dan jiwa jauh. Ini apa yang dirasai gadis itu. Dia masih tidak berani untuk ke New York untuk berjumpa dengan ibu dan ayah mertuanya.

Puan Lina yang menyedari anaknya tiba-tiba senyap itu pantas bersuara. Aneh juga dia. Suara lunak anak gadis itu tidak lagi kedengaran membuatkan dia mengerutkan dahi. Tadi bukan main gembira. Sakan sangat ketawa!

"Kenapa ni? Senyap pula," Gadis itu sengih. Kepalanya yang tidak gatal digaru kekok. Seketika, dia tunduk.

"I miss Ares mummy."

Puan Lina tersenyum nipis. Dia tahu, jauh di sudut hati menantunya, dia pasti. Jejaka itu turut merasai perasaan yang sama. Rindu tetapi masih menganggap masa tidak mengizinkan mereka bertemu. Sedangkan masing-masing sudah dewasa dan berkemampuan.

Dia dan suaminya hanya mampu berdiam diri. Tidak mahu mencampur tangan dalam urusan rumah tangga anak menantunya. Biarlah mereka berdua selesaikan semuanya sendiri. Hanya menegur dan menasihati apa yang patut.

"Kalau you rindu, pergilah mengadu dekat Allah."

"Minta dekat Allah supaya Dia salurkan rasa rindu you dekat Ares," Kaylene senyum lembut. Tangan Puan Lina naik mengusap kepala si anak.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now