𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 13

287 16 1
                                    

Scylla memeluk lengan kekar dan sasa Arath sambil berjalan keluar dari balai pelepasan KLIA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Scylla memeluk lengan kekar dan sasa Arath sambil berjalan keluar dari balai pelepasan KLIA. Arath menarik bagasi hitamnya seraya tangannya yang lagi satu merapatkan tubuh si adik dengan tubuhnya.

Scylla mengekek ketawa. Suka dimanjakan abangnya. Manakan tidak, memang dari kecil lagi mereka selalu berdua sahaja. Tidak ada adik beradik lain. Dengan sepupu mereka juga jarang berjumpa.

Sesampainya di tempat parkir, Adrian mengangkat bagasi Arath dan memasukkannya ke dalam bonet kereta. Scylla terus masuk ke dalam kereta, tidak tahan dengan panahan sinar matahari yang semakin panas.

"Yow bro, how's your life there? Good?" tanya Adrian sambil merangkul bahu Arath. Jejaka itu senyum tipis.

"Not bad." balasnya mudah. Adrian sengih, tahu sajalah hidup jejaka itu tidak berapa baik di sana. Itulah, gatal sangat nak duduk sana, hadap aje lah.

"Not bad konon, takkan tak jumpa yang good langsung?" seloroh Adrian, manalah tau kalau-kalau Arath mempunyai teman wanita di sana? Jejaka ni kacak kot, siapa je tak nak? Kalau aku jadi perempuan pun aku nak!

Adrian ketawa mengekek, lucu hati dengan kata hatinya, merepek je kau! Arath jungkit kening, dah kenapa Adrian ni?

"Kau ni kenapa? Gila dah lepas 2 tahun tak jumpa?" sinis nada Arath. Depan adik dia boleh pula dingin semacam, depan dia masya Allah, boleh gila layan perangai Adrian ni.

Makin kuat Adrian ketawa. "Haah, gila rindukan kau!" usik Adrian lagi, dia suka melihat wajah cemberut Arath.

"Bodoh!"

Lantas itu Arath terus masuk ke dalam kereta, malas mahu melayan perangai gila-gila Adrian. Apa yang dia lihat sekarang ialah katil dan bantal. Penat menempuh perjalanan 19 jam untuk sampai ke Malaysia.

Senyuman lebar Adrian tadi terus mati saat dia masuk ke tempat memandu. Tanpa berkata apa-apa, Adrian memutar stereng kereta dan meninggalkan kawasan parkir itu dan terus membelah jalan raya laju. Arath memicit pelipis perlahan, sambil memejam mata.

"Erm babang," panggil Scylla di sebelahnya perlahan.

"Hm?"

Melihatkan Scylla yang masih terkulat-kulat, Arath bersuara lagi.

"What do you want Scylla Acantha?"

"Tak ada apa, saja panggil hihi." Arath menjeling tajam gadis itu. Tidakkah gadis itu tahu bahawa dia tersangatlah letih sekarang ini.

"Okay okay, sorry hehe."

•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now