𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 22

274 11 8
                                    

"Lapar tak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Lapar tak?"

Tanya Elvian apabila melihat susuk tubuh Thea yang hanya menutup tubuhnya menggunakan tuala baju keluar daripada bilik mandi. Mereka berdua masih menunggu Hud. Dia tahu, kalau dia keluar sekarang, takut perkara lain terjadi.

Terhenti tangan Thea yang sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala.

"Kind of, why?"

Soal Thea kembali. Elvian hanya senyum lantas mengangguk faham. Tangan mencapai telefon pintarnya kembali, lalu kontak nama Hud ditekan sekali lagi.

Setelah talian disambungkan, laju sahaja bibirnya melontarkan arahan.

"Oh ya Hud, singgah any restaurants and buy something for us, be faster," Nada ketegasan digunakan. Belum sempat Hud membalas, terus saja Elvian mematikan telefon pintarnya.

Kekurangan bateri.

Thea hanya senyum segaris.

Sempat dia kerling sekilas Elvian yang sedang termenung jauh, memikirkan apa yang sedang berlaku. Ada orang berdendam dengan dirinya? Tapi, jikalau ada, siapa?

Thea hela nafas berat.

Beberapa minit berlalu.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk je lah, Hud!" laung Elvian dari dalam. Terus saja Hud buka pintu dan masuk ke dalam. Di tangannya terdapat beberapa barangan termasuk makanan yang dipesan Elvian tadi. Thea hanya senyum segaris melihat susuk tubuh Hud.

Hud terkejut.

So last night...

Wajah yang terkejut lantas dineutralkan. Makanan yang dibeli tadi diletakkan di meja makan kecil berhampiran dapur bilik hotel itu. Sesaat kemudian, komputer ribanya yang dibawa, segera diaktifkan. Dia duduk di atas kerusi meja makan itu.

Thea punya hanya memerhati dari jauh.

Elvian masih setia berdiri, menunggu tindak-tanduk Hud.

"Tuan," sahut Hud.

Bunyi tup-tap jari Hud menekan kekunci komputer riba tersebut. Ingin menunjukkan sesuatu kepada Elvian.

"Ini, rakaman CCTV semalam yang saya dapat," ujar Hud sambil itu tangan menolak komputer riba ke arah Elvian yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.

Mata Elvian tajam memerhati rakaman itu.

"The hooded guy."

Suara keras Elvian kedengaran. Hud angguk, tanda mengiyakan.

"Thea," 

Mendengar saja namanya dipanggil Elvian, laju sahaja dia bingkas bangun dari katil, menghampiri dua jejaka itu. Dijauhkan dirinya sedikit daripada Hud, tidak selesa dan malu.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now