𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 15

276 16 0
                                    

"Hiks,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Hiks,"

Scylla mengesat air mata, esakan kecilnya yang tertahan-tahan dari dua hari lepas akhirnya terburai. Entah mengapa dia rasa sakit melihat Ziyyad sakit, Ziyyad gembira dia juga gembira. Dia turut berkongsi perasaan dengan jejaka itu tapi dia sendiri tidak pasti mengapa. Walhal mereka berdua ibarat anjing dengan kucing, ada saja benda nak digaduhkan.

"You..." lirih suara Scylla. Tangan mulusnya menggenggam erat tangan Ziyyad yang kesejukan. Menyalurkan semangat buat jejaka tersebut. Jujur, dia tidak tahu mengapa dia rasa dia rindukan Ziyyad.

Sangat rindu.

Baru seminggu tidak berjumpa, tapi Scylla merasakan seperti bertahun lamanya tidak bersua. Rasa rindu itu seolah-olah rindu seorang wanita terhadap lelaki yang dicintainya. Aneh. Gadis itu geleng kepala perlahan, mengusir andaian pelik dalam fikirannya, malas mahu fikir lebih-lebih.

Kini, hanya dia sahaja yang berada di dalam wad itu, makan pun jarang. Dia tidak sanggup nak berganjak dari tempat duduk di sisi katil Ziyyad. Tidak mahu melarikan pandangan daripada merenung badan Ziyyad yang penuh dengan wayar dan berbirat di badan sasa jejaka tersebut.

"Bila you nak bangun ni? I penat lah nak cakap sorang-sorang. Dah dua hari you dengar je I bercakap, you tak nak bangun ke Ziyyad? Tapi you jangan risau, I tak bagitau sesiapa pun yang you accident hihi. Nazim pun dah plan dengan I nak sorokkan dari pihak media tentang you," gigih Scylla bercerita, lagak macam sedang bersembang dengan Ziyyad. Tanpa sedar, Ziyyad mendengar namun tiada kudrat yang mencukupi untuk membalas omelan comel Scylla.

Scylla sengih. Sekejap ketawa halus, sekejap dia senyum, merenung Ziyyad.

"You, bangunlah," rengek Scylla meleret sambil menggoyangkan sedikit lengan kekar Ziyyad yang masih terkaku, tidak memberi sebarang reaksi. Rengekannya terhenti saat bunyi perutnya berbunyi kedengaran. Tangan turun ke perut, mengusap cik perutnya yang sudah berdendang sayang yang  berbunyi meminta untuk di isi dengan makanan.

"Eh hehehe, I lapar lah pulak." 

Manakan tidaknya, sudah dua hari dia tidak makan, hanya menjamah roti berkrim saja, itupun sempat dia beli di kafeteria hospital swasta itu semalam ketika dia turun untuk menelefon Kaylene. Tidak mahu mengganggu Ziyyad, jadi dia turun buat seketika.

Tanpa aba-aba, telefon pintar dicapai walaupun bateri telefon pintarnya sudah diambang kematian. Hahaha, hiperbola betul kau Scylla. Scylla mula mencari pilihan makanan yang ada di aplikasi FoodPanda, makanan Rusia menjadi pilihannya, terasa rindu nak makan.

"Done!" Usai memesan makanan, telefon pintarnya diletakkan di atas meja kecil, bersebelahan katil Ziyyad. Ziyyad yang terbaring lesu dan bernafas hanya dengan mesin pernafasan itu dia tatap penuh minat.

How can a human be so handsome as fuck?

Scylla tepuk perlahan kedua-dua belah pipinya. Kau dah kenapa Scy, tiba-tiba puji dia pula? Wajahnya tiba-tiba membahang, saat memori dia dan jejaka itu sebelum ini menjengah fikiran, menyapa kotak memorinya.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now