𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 18

233 14 1
                                    

Kaylene bingkas bangun dari katil

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Kaylene bingkas bangun dari katil. Sempat dia kerling jam digital yang terletak di atas meja lampu bersebelahan katil. Terpisat-pisat jari menggosok matanya perlahan. Ni mesti kes tertidur selepas solat subuh. Penat menunggu suaminya yang tidak pulang-pulang ke rumah. Dia mengeluh perlahan. Barangkali suaminya itu terlupa jalan pulang ke rumah hahaha.

8:00 a.m

Kaylene termenung, ke mana Ares pergi malam tadi? Semalaman dia menunggu jejaka itu pulang ke rumah, ada juga dia menghubungi jejaka itu malam tadi, tapi apa yang dia dapat hanyalah,

'The number you have dialed is unavailable,'

Dia mendengus geram. Aku nak dengar suara laki aku lah, bukan suara kau betina! Bibir diketap geram, siaplah Ares nanti, berani engkau tak pulang rumah ye malam tadi?

Sudahlah, baik dia pergi mandi.

Dia mendekati sliding door bilik tersebut. Langsir bilik itu dia tarik. Membiarkan cahaya mentari menghiasai bilik. Spontan dia memejam sedikit matanya dek kerana cahaya matahari yang sedikit terik. Kaylene mencapai tuala mandi berwarna merah gelap yang disangkut di atas penyangkut tuala berdekatan bilik mandi dan masuk ke dalam. Pili air dibuka.

Dia melilit tuala mandi pada badannya dan dia berjalan keluar dari bilik air. Kepala digeleng berkali kali, ingin mengeringkan rambutnya sedikit. Air sisa rambutnya yang terkena lantai dia abaikan. Alah, nanti kering juga melalui proses penyejatan air.

Bau krim mandian bunga lavender itu memenuhi segenap ruang bilik tersebut. Dia menuju ke bahagian walk in closet untuk memilih pakaiannya buat hari ini.  Diselak-selak setiap baju yang dia lihat.  Akhirnya, dia membuat keputusan untuk memakai sepasang dres bercorakkan bunga berwarna putih.

Usai saja memakai pakaian, dia menghampiri meja solek. Apa fikir bilik lelaki tak ada meja solek ke? Suaminya pun ada tau! Rambut adalah satu benda yang paling penting untuk lelaki. Bak kata mereka, hair is everything. Pengering rambut dicapai dan ditekan suis on.

"I guna tau you punya ni hehe," Kaylene bersuara perlahan. Al-maklumlah, dia diculik sehelai sepinggang saja 3 hari lalu. Manakan tidak, pakaiannya yang banyak dalam ini pun, Ares yang belikan. Katanya, memang sudah lama berada di situ. Kaylene mencebik, membazir duit saja suaminya ini.

Usai mengeringkan rambut, dia mencapai serum rambut dan dipicit sedikit di atas tapak tangan. Digosok perlahan. Perlahan tangannya menyapu serum itu di atas kepala.

Selesai memakai serum, dia mula menyikat rambutnya. Minyak rambut di picit sedikit di atas tapak tangan dan dia mula menggayakan rambutnya. Rambutnya disisir rapi, kemudian diikat tocang kuda.

Dia turun ke dapur. Peti ais dibuka. Melihat apa yang ada untuk dia masak sarapan. Dia menggeleng perlahan. Aduhai, terasa malas pula nak masak, memikirkan suaminya yang entah ada di mana. Menjadikan dia malas nak makan di rumah. Lebih baik dia ke rumah keluarganya.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin