𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 19

217 10 0
                                    

"Ermmm! How good the smell is!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ermmm! How good the smell is!"

Kaylene menghidu bau kari ayam yang menusuk ke dalam hidungnya. Olivia tertawa melihat Kaylene. Puan Lina pula sekadar menggeleng kepala melihat anaknya yang tak serupa isteri orang!

"Ha sudah, you ni macam nak masuk je dalam periuk tu kan!" tegur Puan Lina apabila Kaylene semakin menghampiri periuk yang berisi kari ayam tersebut. Kaylene tersengih bagai kerang rebus, ha tak ada kerang busuk hahaha. Makin kuat ketawa Olivia yang sedang memotong kentang menjadi bentuk dadu kedengaran.

"Maaf maaf, I bukan apa, tapi bau tu sedap sangat la mummy," adu Kaylene manja. Puan Lina hanya menggeleng. Kaylene pula ligat menggaul kari ayam, sementara Olivia memasukkan kentang ke dalam periuk. Puan Lina pula sedang memotong bawang putih menjadi hirisan halus.

"So how's life?" tanya Puan Lina, ceria dan teruja. Kening Kaylene bertaut. Tidak faham dengan maksud soalan si ibu. Olivia pula melabuhkan punggung di sebelah Puan Lina setelah selesai memasukkan kentang ke dalam periuk.

"Maksud mummy?"

Serentak Puan Lina dan Olivia tertawa. Pura-pura tak faham pula Kaylene ni. Kaylene sekadar buat tidak dengar dan segera menuangkan air masak ke dalam cawan, kemudian turut melabuhkan punggung di meja makan kecil yang diduduki Puan Lina dan Olivia.

"Your life lah! Dengan husband you, macam mana?" tanya Puan Lina lagi. Tangannya kini sedang memotong cili besar pula. Kaylene terkebil-kebil memandang ibunya. Life?

"Dengan Ares?"

"Iya lah Kaylene oi, you ada husband lain ke selain dia?" selar Puan Lina geram. Blur sungguh anak daranya yang seorang ini. Eh tapi masih dara ke? Olivia sekadar tertawa halus. 

"Hehehe tak ada tak ada," ujar Kaylene sambil tertawa janggal. "Ha jadi, macam mana? Dia layan you okey ke?" Kaylene angguk, malas mahu berbalas lebih. Nantinya soalan lain pula yang ibunya tanya---

"Dah buat tu ke?" Kan dah cakap? Olivia terkedu, manakala Kaylene pula terbatuk-batuk. Laju tangan mencapai gelas yang terisi air miliknya tadi. Puan Lina tersenyum sumbing. Dia tanya je, kan?

"Ish mummy ni! Ada pula tanya macam tu!" marah Kaylene, apabila nafasnya mula teratur setelah meneguk laju air. Olivia bingkas bangun, mahu melihat kari ayam yang sedang bergelegak di atas gas api. Wajah Kaylene kian memerah, malu.

"Hahaha! I'm just asking--- well did you do it?"

Kaylene memutarkan anak mata. Fikirkan dah tak mahu tanya, lah dia tanya lagi! Puan Lina ketawa besar melihat reaksi anaknya. "Stop asking that kind of question mummy! Jangan nak merepek ya pagi pagi ni!" Tak adalah pagi sangat, pukul 11 dah.

"Hahaha iyalah iyalah!" Puan Lina mengalah dengan anaknya, seraya itu menghulurkan sepinggan yang berisi bawang putih dan cili yang dia potong tadi kepada Olivia. Sambil berbual dengan Kaylene, Puan Lina membawa papan potong dan pisau yang dia gunakan diletakkan dalam sinki lalu dibasuh.

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now