BAB 1 : GRUMPY MAN

6.7K 111 2
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

DARI balik dinding kaca penthouse apartment, aku melihat ke bawah. Malam kian larut namun masih terdapat puluhan kereta berkeliaran di jalan raya. Atau mungkin ratusan kereta...

Manakala, bar, restoran, cafe, mini market, supermarket, pusat hiburan masih buka. Tidak hairanlah kota New York di beri julukan The City Never Sleeps.

Ah, sedar tidak sedar, sudah 6 tahun aku tinggal di kota New York City. Aku berhijrah ke sini ketika usiaku tepat 19 tahun. Kini usiaku 25 tahun. Aku berhijrah ke sini gara-gara enggan tinggal serumah dengan ibu tiriku, Sarah.

Demikian, aku membuat keputusan untuk tinggal bersama sahabatku, Linda yang pada waktu itu sudah setahun berpindah ke New York bersama keluarganya.

Awalnya memang ayahku dan abangku membantah dengan keputusan yang aku buat namun akhirnya mereka akur dengan keputusanku. Mana tidak akur, aku setiap hari memberontak dan memberontak!

Pada hari mereka akur dengan keputusanku, aku serta merta menghubungi Linda dan berkongsi berita gembira itu dengan Linda. Linda tidak tunggu lama, dia segera membelikan aku tiket ke New York.

Sebelum aku bertolak ke New York, ayahku dan abangku sempat memujuk aku agar terus tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur... Tetapi bila hati dikuasai amarah, kebencian, pujukan yang di bisikkan ke telingaku hanya sia-sia.

Juga, sudah 6 tahun aku tidak kembali ke Kuala Lumpur. Meskipun sudah 6 tahun aku tidak kembali ke sana, aku selalu menghubungi ayahku dan abangku untuk bertanya khabar. Terkadang mereka akan bertanya, bila aku akan balik ke Kuala Lumpur? Aku tentu sahaja mengabaikan pertanyaan itu.

"Hah, berjaga malam lagi!"

Terangkat bahuku dek disergah oleh seseorang, seseorang yang tidak asing bagi aku.

Linda!

Aku pusing tubuh kepadanya. Naik turun mataku melakukan scan ke atas Linda. Dia terlihat seperti baru bangun tidur. Rambut lurusnya terlihat sedikit serabai.

"Suka sangat kau berjaga malam," Linda membebel.

Bukan suka... Tapi aku mengalami masalah sukar untuk tidur. Senang cakap, aku mengalami insomnia dan ianya sudah setahun lamanya dan aku tak beritahu Linda tentang perkara tersebut. Bagi aku ianya tidak penting untuk Linda tahu...

Aku perasaan Linda melirik jam yang tersangkut di dinding.

"Sudah 12 tengah malam. Esok pagi confirm kau lewat datang kerja lagi," bebelnya lagi.

Menjadi penganggur terhormat tersangatlah membosan. Kala usiaku 22 tahun, aku beritahu Linda yang aku ingin kerja. Linda pun mengesyorkan aku agar bekerja di syarikat milik keluarga teman lelakinya, Edmund. Aku pun cubalah nasib di Empire Keith.

Alhamdulillah, aku di terima bekerja di syarikat gah itu walaupun aku tiada pengalaman bekerja dan sudah genap 3 tahun aku menjadi staf bawahan di Empire Keith.

"Dan esok pasti abang kepada kekasih kau membebel dekat aku," ujarku dengan tawa halus.

Yang aku maksudkan adalah Darcy. Dia merupakan CEO Empire Keith yang dingin bak dingin Vostok Antartika. Tidak cuma dingin, dia juga seorang yang sangat tegas, tidak ramah dan jarang bercakap. Darcy jenis yang bercakap bila perlu sahaja. Berbeza dengan Edmund, Edmund jenis suka bergaul dan peramah orangnya

"Indeed." Linda mengekeh sekejap sebelum meminta diri ke ruang dapur untuk meneguk air.

Juga, sudah setahun aku kerap lewat datang ke tempat kerja. Selama setahun datang lewat, Darcy sering marah dan membebel kepadaku. Tetapi GRUMPY MAN itu... Ya, itu gelaran yang aku berikan kepada Darcy. Dia memarahiku tidaklah teruk sangat.

Buang kerja?

Tidak!

Memandangkan aku kawan baik kepada kekasih adiknya. Darcy tidak membuang aku kerja sebaliknya dia hanya memotong gajiku dan aku tidak pula protes kerana aku sedar akan kesalahan yang aku lakukan.

To be continued

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now