BAB 40 : DI EKORI

899 42 12
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

SEJAK kebelakangan ini, aku kerap merasa mual, kerap buang air kecil. Tidak hanya itu, aku cepat penat, selalu mengantuk dan mengalami mood swings. Aku juga perasaan perubahan pada payudaraku. Ianya membesar dari saiz biasanya dan perutku pula sedikit membuncit.

Aku menduga, kemungkinan besar aku mengandung. Aku juga baru sedar yang aku sudah dua bulan tidak datang haid.

Kerana itu, aku menghubungi Darcy yang sedang sibuk melakukan kerja di Empire Keith dan meminta dia membawa aku ke klinik milik Kai.

Periksa!
Periksa!

Dugaanku terbukti benar... Aku di sahkan mengandung dan usia kandunganku berusia dua bulan.

Betapa gembira aku dan Darcy. Kami berdua sama sekali tidak menduga akan menerima berita gembira bertepatan dengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami.

"Mama..."

Mendengar suara Daris, aku toleh ke seat belakang, pandang Daris yang berada dalam kerusi kereta bayi.

"Ya, sayang..."

"Daddy kata, dayam puyut mama ada baby."

Tersenyum aku mendengar itu.

"Ya, dalam perut mama ada baby. Adik Daris."

Anak lelakiku itu terkedip-kedip pandang aku.

"Adik Is?"

"Ya, adik Daris dan Daris kena sayang adik..."

Daris papar senyum lalu kembali menyuap mulut comelnya buah oren pemberian Kai.

Aku luruskan pandangan ke hadapan. Darcy yang sudah selesai berbual dengan Kai menapak ke dalam kereta.

"Love..."

"Yes, my darling..."

"Boleh awak hubungi Rue?"

Rue sekarang sedang berbelanja barang dapur dengan Alma dan aku tidak memiliki nombor telefonnya.

"Sudah tentu boleh, darling..."

"Mhmm, beritahu dia, belikan saya mangga. Saya nak makan masam-masam..." Kecur air liur!

🦋
🦋
🦋
🦋

DUDUK di atas riba Darcy, pelukan yang tadinya longgar kupereratkan. Aku hidu haruman Darcy semahu-mahunya.

"Darling, sudah dua puluh minit awak peluk saya."

"Really?"

"Ya, darling. Awak start peluk saya pukul 2 sekarang sudah pukul 2 : 20," kata Darcy dengan tawa kecil.

"Saya akan lepaskan pelukan pukul 2 : 30..."

Darcy kucup sesaat telingaku...

"Awak nak peluk saya sehingga pukul 3 atau pukul 4 pun saya tak kisah..."

Aku sembam wajahku ke ceruk leher Darcy dan pejam mata.

"Saya tak boleh peluk awak sehingga pukul 3 atau pukul 4. Empire Keith perlukan awak," ujarku separuh berbisik.

Sepi menjengah...

"Darling..."

"Ya," sahutku lembut.

"Saya belum beritahu keluarga kita yang awak mengandung..."

Aku celikkan mata.

"Kita beritahu mereka selepas kita sambut ulang tahun perkahwinan kita, okay?"

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now