BAB 33 : LOVE

1.5K 61 3
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

SEUSAI menjamah Piadina Kebab di selangi meneguk air putih di Halal Pizza Kebab, aku pun meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki menuju ke Gondola Rides.

"Daaaddy. Daaaddy."

Aku pandang sekejap Daris sebelum menghalakan semula pandangan ke hadapan. Malam semalam hinggalah ke petang ini, Daris kerap  menyebut DADDY sambil menepuk-nepuk tangannya.

Rindu sungguh Daris pada Darcy. Aku... Aku sentiasa merindukan suamiku itu.

Walaupun dia curang, aku berharap dia dalam keadaan baik-baik sahaja.

"Ermina!"

Auto aku berhenti melangkah dan memusing ke belakang. Bibirku perlahan mengoyak senyum tatkala mataku bertaut dengan mata Elio.

"We meet again," katanya, ramah.

Pandangannya berpindah ke wajah comel Daris.

"Hello, Daris..." Lambaian kecil di berikan kepada anak lelakiku namun anak lelakiku ini buat don't know sahaja.

Tidak semena-mena kejadian lucu kelmarin sewaktu Elio menghantar aku dan Daris di hadapan Hotel Palazzo Virutti menjengah dalam kepalaku.

Elio cuba menyalam tangan kecil Daris tetapi anak lelakiku ini jelir lidahnya sekali gus menayang ekspresi tidak suka.

Berkenaan Elio, dia sama seperti aku. TOURISTS. Dia ada bertanya, aku berasal dari mana?

Aku pun beritahu yang aku berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia tetapi telah berhijrah ke New York dan menjadi warga di sana.

Tanpa menunggu aku bertanya, dia beritahu aku, dia berasal dari Rome, Italy and guess what... Elio fasih berbahasa Melayu.

Selain itu, Elio bertanya tentang keberadaan suamiku. Aku berbohong dengan mengatakan suamiku sibuk dengan kerjanya di New York dan membenarkan aku dan Daris melancong ke Venice tanpa dia di sisi dan cukup di situ Elio mengajukan pertanyaan.

"Awak dan Daris nak ke mana?"

"Gondola Rides," jawabku ringkas.

"Oh, saya pun nak ke sana. Awak nak tak kalau kita pergi bersama-sama ke sana?"

"No."

Tercengang aku sekejap. Daris menyampuk!

"Daris, you are so funny," kata Elio sambil tertawa kecil. "Jangan risau, saya takkan pikat mama kamu," sambung Elio lalu memandang aku.

"Jom ke sana," pelawaku, tidak begitu memperdulikan kata-kata Elio.

Elio mengangguk dan kami pun mengorak langkah bersama dengan berlatar belakangkan bebelan Daris. Haih, Daris benar-benar alergik dan tidak suka dengan Elio.

Perangai Daris mengingatkan aku dengan Darcy. Wajah Daris dan Darcy tidak hanya sama. Perangai mereka pun sama!

🦋
🦋
🦋
🦋

GONDOLIER membantu aku memegang Daris. Selamat sahaja punggungku di kerusi yang tersedia dalam gondola, gondolier itu langsung memberikan Daris kepadaku.

"Ermina, saya pergi dulu," kata Elio dengan senyum segaris.

"Jumpa nanti." Aku melambai kecil sambil tersenyum melihat gondola yang di naiki Elio menjauh dari gondola yang aku dan Daris naiki.

Tidak lama, gondolier mula mengayuh. Daris apalagi menjerit kesukaan dan aku meliarkan mata melihat sekeliling.

Kayuhan demi kayuhan. Dari berapa minit bertukar belasan minit dan bertukar lagi menjadi puluhan minit.

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now