BAB 39 : GANGGUAN

1.1K 36 4
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

BERAPA bulan yang lalu, sepulang Angelo dari Dubai, Darcy dan Edmund langsung bertemu dengan Angelo dan memberinya pengajaran.

Risau Darcy dan Edmund membelasah Angelo sehingga mati, aku meminta Linda membawa aku ke rumah agam milik Angelo untuk menghalang dua beradik itu dari membunuh Angelo.

Nasib baik, aku dan Linda sempat menghalang Darcy dan Edmund dari melakukan kerja gila dan masih segar di ingatanku, wajah Angelo di hiasi luka dan darah.

Ngeri!

Sebelum kami angkat kaki dari rumah agam milik Angelo, lelaki itu sempat mengutarakan janji kepada aku dan Darcy. Dia berjanji tidak akan menganggu hubungan kami lagi dan dia juga minta maaf di atas masalah yang telah dia cetuskan dalam hubungan kami.

Meskipun demikian, aku dan Darcy tidak meletakkan kepercayaan kepada Angelo. Terutama sekali Darcy. Dia tidak percaya yang Angelo akan mengotakan janjinya kerana dia menjangka Angelo akan menganggu hubungan kami lagi.

Seperti yang Darcy jangkakan, Angelo telah memungkiri janjinya dan tindakannya menghantar bunga matahari menyebabkan Darcy mengamuk besar sekali gus buat Darcy tekad ke rumah agam milik Angelo bersama Edmund.

Ya, Darcy nak belasah Angelo. Aku ada menghalang Darcy dari pergi menyerang si kasanova itu. Malangnya, suamiku itu meminta aku untuk tidak menghalangnya.

"Angelo memang cari pasal dengan Darcy." Linda yang baru tiba di ruang tamu bersama bunga pemberian Angelo mengambil tempat duduk di sebelahku.

"HAI, ERMINA. BIDADARIKU. SAYA HARAP AWAK SUKA BUNGA INI." Linda baca ayat yang di tulis Angelo.

"Bangang." Linda mendesis seraya menyelitkan semula kad kecil itu ke dalam bunga matahari. Linda kemudian tatap aku tanpa ekspresi di wajah.

"Banyak wanita single di luar sana, si bangang tu nak juga dengan isteri orang," bebel Linda di selangi gelengan kepala.

Ya, banyak wanita single dan lebih rupawan dari aku di luar sana tetapi si kasanova nak juga dengan aku.

"Ermina, kau okay?"

"Aku tak okay. Aku risau Darcy dan Ed belasah si kasanova tu sehingga mati..."

"Mmhmm, aku pun risau perkara tu terjadi."

Aku dan Linda sama sahaja. Aku berharap sangat Darcy dan Edmund tidak belasah Angelo sehingga mampus. Aku tidak mahu dua beradik itu masuk penjara kerana membunuh.

Angka bertukar. Sudah sejam lamanya Darcy dan Edmund keluar dan rasa risau semakin mencanak dan mencanak!

Kala aku cuba mencapai iPhone di atas meja, bunyi deruman kereta menampar gegendang telingaku.

"Linda, itu mesti mereka..." Tidak jadi aku menghubungi Darcy.

"Aku kena letak semula bunga ni di lantai..." Terkocoh-kocoh Linda bangun lalu berlari bersama bunga matahari itu.

Selang berapa minit, figura Darcy dan Edmund menampar bebola mataku.

"Angelo tak tinggal di rumah agam tu lagi," beritahu Darcy sejurus duduk di sebelahku.

"What do you mean, love?"

"Si tak guna tu telah menjual rumah agam miliknya dengan ahli korporat sebulan yang lalu," terangnya dengan wajah merah.

Di gapai tangan kananku dan di pegang tanganku dengan begitu erat.

"Saya akan cari dia, darling. Jika saya jumpa dia, saya akan pastikan dia tak melihat dunia lagi."

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now