BAB 17 : CINCIN

1.9K 26 5
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

AKU lihat satu persatu gambarku bersama Darcy saat berada di Eiffel Tower kelmarin. Bukan hanya Eiffel Tower, Darcy juga membawa aku ke Pont Alexandre. Ia merupakan jambatan mewah yang terletak di tengah-tengah kota Paris.

 Ia merupakan jambatan mewah yang terletak di tengah-tengah kota Paris

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

( Pont Alexandre )

Namun saat berada di jambatan mewah itu kelmarin, hujan turun membasahi kota Paris. Aku dan Darcy yang pada ketika itu sudah berada di tengah jambatan terpaksa berlari keluar dari jambatan mewah itu.

Basah kuyup aku dan Darcy!

Dan akibat terkena hujan kelmarin, Darcy demam. Aku terkecuali dari demam.

Menghairankan bukan!

Dan demam-demam pun Darcy tidak menghalang dia dari berurusan dengan klien.

Usai berurusan dengan klien, aku dan dia singgah ke klinik. Setelah mendapatkan rawatan di klinik, kami kembali ke suite Four Seasons Hotel George V Paris.

Aku pandang Darcy yang baring di sampingku. Selepas lunch dan menelan ubat tadi, dia terus tertidur.

Aku matikan skrin iPhone dan meletaknya di atas meja samping. Dari arah tepi, aku peluk erat Darcy. Tubuhnya masih panas dan auto aku terduduk.

"Kenapa demam awak masih tak surut?"

Walhal dia sudah makan ubat. Aku raih tuala putih yang berada di dahi Darcy.

Kering!

"Love, saya ke bathroom dulu. Saya nak basahkan tuala ni."

Aku terkocoh-kocoh turun dari katil dan berlari anak ke bathroom. Basah saja tuala putih itu, aku perah tidak terlalu kuat dan kembali ke katil.

Aku tekap tuala putih itu ke dahi Darcy. "Get well soon my love," bisikku sambil mengusap pipi cengkung Darcy.

Dan tiba-tiba aku merasa haus. Aku pandang luminarc jug yang berada berhampiran dengan iPhone.

Kosong!

Argh, aku kena ke pantry!

"Love, saya ambil air dulu."

Aku turun semula dari katil dan berlari anak keluar dari bilik menuju ke pantry. Terisi saja luminarc jug, aku pun keluar dari pantry. Saat aku semakin hampir dengan bilik, suara garau Darcy menampar gegendang telingaku.

"Darling!"

Terperanjat aku melihat Darcy sudah keluar dari bilik.

"Awak ke mana?" tanyanya dengan volume suara tinggi. Dia memandang aku dengan mata mencerlung.

"Saya ke-"

"Awak keluar?" cantasnya.

"Tak, love," laju aku menidakkan. "Saya ke pantry isi ni..." Aku tunjuk luminarc jug tepat di muka berang Darcy.

MR. DARCY | CLEANحيث تعيش القصص. اكتشف الآن