BAB 15 : BILIK

3.2K 45 5
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

SELESAI mengoles gincu berwarna burgundy ke bibirku, aku sembur perfume Chanel Coco Mademoiselle Eau De Parfum di nadi tanganku, di sikuku, dan akhir sekali di dadaku yang berlapik flower mini dress.

I'm smell good! Always smell good!

"Darling."

"Yes, love." Aku hunuskan pandangan ke arah Darcy yang baru sahaja memunculkan diri di ruang bilik persalinan.

"Saya baru habis bercakap dengan Ed di telefon. Dia beritahu saya, adik lelaki Linda, Liam yang tinggal di England sekarang berada di New York dan dia sekarang berada di penthouse Linda dan dia akan stay di penthouse selama seminggu. Do you know about this?" Tiada 'brek' Darcy bercakap.

"No," balasku ringkas sambil menggelengkan kepala.

Darcy menghampiri aku dengan mimik muka ketat. "You really don't know about this?"

"Yep," jawabku lagi.

"Really?" Darcy kecilkan matanya seakan tidak percaya dengan jawabanku.

"I really don't know, love!" jawabku sedikit geram dan sedikit marah.

"Linda tiada beritahu pun dekat saya yang adik lelaki dia datang ke New York. Maybe, Linda lupa nak beritahu saya." Aku menduga.

"Saya takkan hantar awak ke sana. Awak akan stay di mansion ni selama Liam masih berada di penthouse Linda."

"Fine, love." Aku ikutkan saja kemahuan Darcy. Sebabnya, aku tidak mahu dia marah, overthinking dan jealous.

"Oh, ya. Saya lupa nak beritahu awak, lusa ni awak akan ikut saya ke Paris. Saya ada urusan kerja dekat sana."

Aku yang duduk terus bangun lalu merapatkan diri pada Darcy.

"Saya ikut awak ke Paris?" Aku inginkan kepastian.

"Ya, darling."

"Yippee!" Aku bersorak keriangan. Mana taknya... Paris, I'm coming!

🦋
🦋
🦋
🦋

TUBUHKU di peluk seeratnya. Dahi licinku di kucup agak lama. Sesudah itu, Darcy menjarakkan dirinya dari aku.

"See you lunch nanti," ujarnya sambil tersenyum manis kepadaku.

"Ya, love."

Darcy memusing tubuh dari aku. Mataku terus mengekori dia menuju ke kereta miliknya, Zenvo ST1.

"Pandu dengan cermat," pesanku.

"I will, darling." Darcy membolos ke dalam kereta.

Cermin tingkap kereta di turunkan...

"Darling. If you feel bored, I suggest you play the piano, or watch a movie in the mini cinema or if you want, you can explore every room in our mansion."

Wah, our mansion!

"Tapi ada satu bilik awak tak boleh masuk. Awak jangan sesekali masuk ke bilik bersebelahan dengan bilik bacaan," pesannya dengan wajah bertukar serius.

"Okey-dokey, love." Dan Darcy pun beredar dari perkarangan rumah agam.

Jangan masuk ke bilik bersebelahan dengan bilik bacaan... Kenapa dia melarang aku masuk ke dalam bilik tu? Ada apa dalam bilik tu? desisku dalam hati.

Sebelum masuk ke dalam bersama dua maid yang di tugaskan untuk menjaga aku, aku sempat melakukan scan pada dua pengawal yang berjaga di hadapan pintu...

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now