BAB 5 : LELAKI TUA

3K 75 2
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

"OH, my god! You look super stunning!"

Hampir nak terkeluar jantungku dari badanku dek pujian dari Linda yang di lantunkan dengan intonasi tinggi.

"Boleh tak kalau memuji tu, suara tu kecilkan sikit," bebelku, geram.

Linda tergelak kecil lalu mendekati aku yang sedang duduk di kerusi menghadap cermin dressing table. Sesampainya Linda di belakangku, dia menyentuh bahuku yang terdedah.

"Kau dah siap?" tanya Linda yang kini berubah serius.

"Dah," jawabku sepatah.

"Happy to hear that. Therefore, kita jangan buang ma-"

"Aku nak pakai gincu," cantasku.

Itu cuma alasan!

"Kau tunggu aku dalam kereta," sambungku berbaur arahan. Sebenarnya, aku belum puas menilik penampilanku.

"Kau dah pakai gin-" Linda mengantung bicara.

Seketika dia menatap pantulan wajahku dalam cermin.

"Um, nevermind. Okay, aku tunggu kau dalam kereta."

Habis saja berbicara, Linda bergegas meninggalkan aku. Hilang saja figura Linda dari balik pintu, aku berdiri. Pandanganku terhala ke cermin yang menyimpan pantulan separa tubuhku.

Tidak pakai makeup, cantik. Apabila pakai makeup makin pula aku cantik. Dang, kau angkat bakul sendiri. Perli satu suara dalam diriku.

Tidak salah angkat bakul sendiri!

Honestly speaking, aku cantik kerana... Ayah aku, Melayu. Arwah ibu aku pula, Thailand.

Yup, kahwin campur!

Dek kerana kahwin campur, aku di kurniakan wajah rupawan...

Puas menilik penampilanku, aku angkat kaki dari bilik bersama Evening Clutch Bag.

🦋🦋🦋🦋

"YIPPEE, kita dah sampai!" Linda bersorak keriangan.

Setelah menempuhi perjalanan selama puluhan minit, akhirnya aku dan Linda tiba di perkarangan rumah agam milik ibubapa Darcy dan Edmund, Mr. Adam dan Mrs. Alena.

Perfecto! Itu komen aku tentang rumah agam milik Mr.  Adam dan Mrs. Alena.

Tidak hanya tertarik dengan kesempurnaan rumah agam mereka, aku juga tertarik dengan jumlah para tetamu yang tidak terkira jumlahnya. Mereka berpusu-pusu menapak ke dalam rumah agam.

Agh, aku nak balik!

"Err, Linda... A- Aku nak balik." Aku suarakan apa yang terbuku di hati.

"What the heck! Kau nak balik?! Aku tak izinkan! Jom keluar!" Terpekik-pekik Linda di sebelahku.

"Ramai orang, Linda," keluhku.

Linda menatap tajam, tajam bak Samurai Hawatari.

"Aku nak ba-" Belum habis aku berbicara, Linda sudah angkat kaki dari kereta. Pintu kereta di hempas kuat.

Kurang asam punya kawan! Kalau ya pun dia marah dekat aku tidak perlu hempas kuat pintu kereta kesayangannya ini. Haih, hampir terbang semangatku!

"Get out young lady," arah Linda setelah membukakan pintu kereta untuk aku.

"Linda, aku-"

"Kau nak aku heret kau keluar?"

Damn!

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now