BAB 35 : MICHAEL

1.3K 47 3
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

TIDAK memperdulikan manusia di sekeliling, aku peluk Darcy dan mendongak pandang wajahnya.

"Love... Kenapa dengan wanita tu? Kenapa wanita tu dan lelaki tu terikat pada tiang bangunan?"

Darcy pandang aku dengan senyuman. Di elusnya rambut panjangku yang terurai kemas sebelum pusing aku semula menghadap lelaki dan wanita itu.

Pada detik yang sama, Devonte sudah berdiri di sisi wanita itu. Rambut wanita itu di cengkam kuat hingga terdongak wanita itu.

Aku seperti mengenalinya...

"Darling, awak kenal betina sundal tu?"

Betina sundal?

Kasarnya bahasa Darcy!

Aku amati lama sebelum bersuara... "Saya kenal. Dia wanita dalam gambar dan dalam CCTV footage tu."

"Tepat sekali. Nama dia Lysa dan dia penyebab awak lari dari saya dan saya akan jelaskan perkara sebenar yang berlaku dekat saya pada malam saya balik lewat... Selesai berbincang bersama klien selama 20 minit, saya terus keluar dari restoran. Sejujurnya, ketika itu saya tak sabar nak peluk awak dan Daris..."

Aku mendengar dengan teliti.

"Saat dekat di kereta, saya merasa seperti sedang di ekori. Jadi, saya menoleh ke belakang. Saya terkejut melihat betina sundal tu mengangkat tangan kanannya dan di tangan kanannya ada picagari dan saya tak sempat mengelak dari di suntik. Selepas sahaja betina sundal tu menyuntik badan saya, saya merasa pening dan tak berdaya. Saya masih sedar ketika betina sundal tu bawa saya ke hotel dan mengucup pipi saya..."

Aku biarkan Darcy terus bercerita dan tidak menyampuk.

"Bila betina sundal tu bawa saya masuk ke bilik hotel, saya hilang kesedaran. Bila saya sedar, saya berada di lantai dengan posisi baring terlentang. Saya sangka saya di rogol..."

Tertawa Darcy sekejap.

"Saya sangka saya kena culik. Saya sangka saya kena rompak. Ternyata saya silap. Tubuh saya masih berpakaian lengkap. Kaki dan tangan saya tak terikat. Kad kredit tak di ambil begitu juga dengan wang dalam dompet tak berkurang. Keluar dari bilik hotel, saya langsung berjumpa dengan receptionist yang pada mulanya saya ingat dia seorang yang jujur... Saya bertanya pada dia tentang betina sundal tu, tapi receptionist beritahu saya yang saya datang bersendirian ke hotel itu. Saya mula syak ada yang tak kena dan saya terpaksa berbohong pada awak malam tu kerana enggan awak runsing..."

Hening...

"Keesokan harinya, saya hubungi Devonte dan meluah dekat dia tentang perkara yang berlaku pada saya malam tu dan meminta dia menyiasat betina sundal tu dan receptionist. Unfortunately, saya dapat berita buruk dari Devonte. Dia beritahu saya betina sundal tu dan receptionist telah angkat kaki dari Paris tapi Devonte tak berhenti menjejaki mereka. Once again... Unfortunately, sebelum berjaya temukan mereka, perkara buruk menimpa rumah tangga kita tepatnya pada hari ulang tahun perkahwinan kita dan ianya melibatkan kejadian pada malam saya balik lewat... Tiga minggu selepas awak dan Daris lari, orang bawahan Devonte berjaya menjejak betina sundal tu dan receptionist. Mereka berdua berada di Vietnam. Penyeksaan demi penyeksaan, akhirnya betina sundal tu mengaku yang dia arahkan oleh seseorang..."

"Love, awak tahu siapa yang mengarahkan dia?"

"Tahu, Angelo Gabby," sebut Darcy.

Hah, Angelo Gabby... Tergamak si kasanova!

"Betina sundal tu juga beritahu saya. Angelo yang ambil gambar saya bersama dia. Manakala, CCTV footage, Angelo minta pada receptionist dan Angelo menyogok mereka berdua dengan wang."

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now