BAB 4 : JEMPUTAN

2.9K 70 10
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

"BREAKFAST, Mr. Darcy bought it. Lunch, Mr. Darcy also bought it. Ahhh, Mr. Darcy is really kind," puji Stefani.

"He is not only kind, he is also rich and handsome," puji Setafani lagi dengan intonasi agak kuat.

Nasib baik hanya aku dan dia saja dalam lift gedebak ini. Hari ini, aku dan Stefani balik lambat kerana banyak kerja yang kami berdua perlu selesaikan bersama.

Back to Mr. Darcy... Lelaki tua itu memang baik. Layanannya terhadap aku tidak lagi seperti dulu. Darcy benar-benar berubah 180 darjah!

Namun, kebaikan yang di tunjukkan Darcy terhadap aku, sikap ramah dan prihatin Darcy terhadap aku, kekerapan Darcy berbual dengan aku, senyuman manis yang kerap Darcy lontarkan kepada aku telah menyakitkan hati para wanita yang menyukai dirinya.

Stella. Taylor. Merrion.

Mereka selalu mencampak jelingan tajam ke wajahku. Tidak hanya itu, mereka selalu mengutuk aku dan aku buat dunno saja. Malas layan!

"You know what, I always imagine you faint. After that, Mr. Darcy lift you up."

Da heck, dia sampai ber' imagine!

Agh, kalaulah Stefani tahu, seminggu yang lalu Darcy telah mengangkat aku.

Mengingatkan kejadian itu, sepanjang perjalanan menuju ke penthouse, aku berdiam diri. Ya, aku berdiam kerana geram dengan tindakan spontan Darcy mengangkat aku.

Entah bagaimana... Darcy dapat menghidu yang aku geram dengan dia, dia pun langsung minta maaf. Dia bertindak sedemikian kerana terlalu risaukan diriku walhal aku baik-baik sahaja.

"I can't wait for you to fainted..."

Stefani memang gila!

🦋🦋🦋🦋

"SEE you tomorrow!" laung Stefani sambil melambai kecil ke arah aku.

Aku sekadar mengangguk. Melihat Stefani masuk ke dalam kereta milik tunangnya barulah aku masuk ke dalam kereta milik Linda. Meluncur saja kereta Zenvo ST1, aku pejam mata.

"Penat?" soal Linda.

"Yup," balasku dengan mata masih terpejam.

"Ed jemput kita berdua datang ke majlis ulang tahun perkahwinan ibubapa mereka malam ni..," beritahu Linda tiba-tiba.

Aku celikkan mata. Tanpa memandang Linda, aku bersuara... "Kau sajalah yang pergi."

"Aku dah agak kau pasti cakap macam tu," desis Linda seraya mencuit bahuku.

"Aku penatlah, Linda." Aku selamba memberi alasan.

Linda mengeluh berat.

"Tahun lalu pun alasan tu juga keluar dari mulut kau," sungut Linda.

Sebenarnya, aku tidak seberapa minat untuk menghadiri majlis seperti itu.

Tidak!

Sebenarnya, aku tidak suka berada dalam keramaian. Yes, I am Introvert!

"Dan kali ini aku tak terima alasan tu. Malam ini kau kena ikut aku juga!" Linda menyambung bicara dengan intonasi perlahan dan tegas.

Aku rolling eyes!

"Aku dah sediakan dress untuk kau pakai malam ni dan dress tu berwarna hitam," beritahu Linda kepadaku.

Wah, dress pun telah Linda sediakan dan aku amat yakin dress yang Linda sediakan bukan biasa-biasa!

"Linda, aku tak-"

"Kau kena ikut!" Linda mencantas percakapanku.

Argh, geramnya aku!

"Fine, aku ikut!"

Meluncur saja 3 perkataan itu dari mulutku, Linda terus bersorak keriangan. Tanpa menyertai Linda yang riang bak kanak-kanak Ribena, aku pejam mata semula. Malam ini aku dan Darcy pasti bersua muka...

To be continued

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now