BAB 13 : AGRESIF

5.4K 50 4
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

AKU perlahan-lahan buka mata saat merasa ada sesuatu bermain di wajahku. Wajah Darcy menampar bebola mataku. Dia pandang aku yang sudah terjaga sambil tersenyum manis dan ternyata 'sesuatu' yang bermain di wajahku adalah jari jemari Darcy.

"Pukul berapa ni?" Aku yang masih mengantuk bertanya.

"Pukul 6 pagi."

Masih awal!

Aku alihkan jari jemari Darcy dari wajahku dan aku pejam semula mataku.

Akan tetapi, jari jemari Darcy kembali bermain di wajahku. Aku celikkan mata...

"Love, saya masih nak tidur. Tolong jangan kacau saya."

Selepas saja bercakap, aku tukar posisi dengan baring mengiring membelakangkan Darcy.

Tidak lama setelah aku tukar posisi baring, Darcy alihkan pula rambutku dari menutup batang leherku.

"Biarkan saya tidur dengan tenang, love." gumanku tanpa memandang Darcy.

Namun Darcy tidak putus-putus mengganggu aku. Di raba pinggulku. Di gelitik pinggangku. Bila bibir Darcy hinggap di leherku, serta merta aku baring mengiring semula menghadap dia...

"Don't you dare tambah hickey di leher saya!" tegasku.

Kelmarin petang sesudah kami selesai melakukan OS, batang leherku jadi sasaran Darcy. Ianya penuh hickey dan jika keluar dari bilik atau keluar dari penthouse apartment, aku terpaksa menutup hickey buatan Darcy dengan menggunakan foundation. Aku tidak mahu Linda atau sesiapapun melihat hickey buatan Darcy. Cukuplah aku dan Darcy melihatnya.

"Love, kasihanilah saya, saya nak tidur." Serius aku bercakap.

Darcy tidak berkata apa-apa sebaliknya tertawa seperti kena gelitik. Geram melihatnya terus menerus tertawa, aku bingkas bangun dari baring. Aku ambil bantal lalu aku turun dari katil.

"Darling, where are you going?"

"Saya nak ke bilik air," beritahuku tanpa memandang Darcy. Kedua kakiku terus bergerak ke arah bilik air.

"Ke bilik air? Tapi kenapa awak bawa bantal?"

"Saya nak tidur di bilik air."

Darcy ketawa lagi. Ugh, aku semakin geram dengan dia!

"Come here. Sleep here, darling," pintanya dengan sisa tawa.

"Awak kacau saya tidur. So, saya tak nak!" Aku menolak keras.

"Saya takkan kacau awak tidur. Saya akan biarkan awak tidur dengan tenang. Please come back here," pujuk Darcy.

Aku tak percaya dia akan membiarkan aku tidur dengan tenang...

"Darling!"

Aku tidak mengendahkan Darcy. Pada waktu yang sama, bunyi derap kaki berbisik ke telingaku. Sah, Darcy cuba mendapatkan aku!

Aku mempercepatkan langkah dan aku semakin hampir dengan bilik air. Malangnya, belum sempat aku sentuh handle pintu bilik air, Darcy terlebih dahulu memeluk aku lalu menggendong aku.

"Turunkan saya! Saya nak tidur di bilik air!" Aku menjerit tapi tidaklah terlalu kuat.

"Sorry, darling. I can't do that and you can't sleep in the bathroom."

Aku campak jelingan ke muka Darcy. Bantal aku campak ke lantai. Sungguh aku sakit hati dengan kekasihku ini.

Perlahan Darcy meletakkan aku di atas katil. Di kucup dahiku agak lama sebelum dia mengambil bantal yang aku campak tadi.

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now