BAB 3 : HANTAR

3.5K 85 2
                                    

Jangan lupa VOTE •  COMMENT • FOLLOW ❤

MAKLUMAN : MR. DARCY YANG ANDA BACA SEKARANG ADALAH MR. DARCY VERSI ASAL (PERTAMA). CUMANYA ADA PENAMBAHBAIKAN DALAM SETIAP CHAPTER DAN JUGA PENAMBAHAN SCENE. SAYA INGATKAN MR. DARCY VERSI ASAL HANYA SESUAI DI BACA OLEH PEMBACA BERUMUR 20 TAHUN ⬆️

TEPAT jam 8 AM, aku tiba di meja kerja. Para pekerja Empire Keith terkejut melihat aku datang awal. Terutama sekali Stefani.

Sejujurnya, raut wajah terkejut mereka mencuit hatiku!

Tanpa memperdulikan wajah terkejut beruk mereka, aku segera membuat kerja.

Sambil aku mengemas kertas kerja, aku liarkan pandangan...

And guess what...

Aku tidak sengaja terpandang Darcy yang baru sahaja menapak keluar dari perut lift. Aku sempat melakukan scan ke atas lelaki tua itu. Seperti selalu, dia terlihat segak, kacak, hot dan spicy. Enggan terus scan Darcy, aku kembali fokus mengemas kertas kerja.

"Ermina."

Aku angkat muka kala suara garau Darcy menampar gegendang telingaku. Terpinga-pinga aku sekejap melihat Darcy semakin hampir dengan meja kerjaku.

"Yes, Mr. Darcy?" Aku menyahut mesra.

Setibanya Darcy di sisi meja kerjaku. Dia perlahan mengoyak senyum.

"Congratulations and thank you for fulfilling the words you said yesterday..," ujar Darcy dengan senyum tidak lekang dari bibir.

Aku perlahan-lahan bangun lalu membalas senyuman Darcy dengan senyuman lebih manisss! Aku perasaan mata para pekerja Empire Keith tertuju ke arah kami.

"I hope tomorrow and the day after tomorrow you will come as early as this morning..," tambah Darcy.

"Of course, Mr. Darcy. I will arrive at exactly 8 o'clock in the morning," balasku sekali gus melemparkan kenyitan mata yang tidak membawa maksud apa-apa kepada Darcy.

Darcy tertawa kecil.

Aku juga sudah fikir masak-masak malam semalam... Aku tidak akan berhenti kerja. Sebabnya, aku sayang dengan pekerjaanku!

"Damn, you wink." Walaupun Stefani bersuara dengan intonasi perlahan namun ianya jelas di pendengaranku.

"Linda told me that you haven't had breakfast yet," ujar Darcy.

Ya, aku belum bersarapan lagi kerana aku tiada selera nak makan.

Wait... Apasal si Linda beritahu Darcy?!

Darcy hulur satu bungkusan berwarna coklat bersaiz medium yang mempunyai logo Starbucks kepada aku dan aku baru perasaan bungkusan itu di tangan Darcy!

"For you Ermina."

Aku tercengang sekejap sebelum perlahan-lahan mengambil bungkusan itu dari Darcy.

"For- For me?"

"Yup. After Linda told me that you haven't had breakfast, I decided to buy you breakfast."

Darcy belikan aku sarapan?

Oh, my god!

Sungguh aku tidak percaya. Kau kena percaya! jerit satu suara dalam diriku.

"I'm worried you fainted from not having breakfast."

What, dia risau aku pengsan? Prihatin juga lelaki tua ni dekat aku. Jujur, hatiku tersentuh dengan sikap prihatinya...

"Pastikan makanan dan minuman yang saya beli untuk awak, awak habiskan," pesan Darcy dalam bahasa Melayu. Tanpa menunggu aku bersuara Darcy berpaling.

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now