BAB 41 : HUSH, DARLING. DON'T CRY

1.2K 45 16
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

KALA mataku terbuka, telingaku langsung di sapa tangisan dan tangisan itu tidak asing di telingaku.

"Daris, mana kamu sayang?" Aku cuba bangun dari baring.

"Sayang dah sedar..."

"Ermina..."

Linda dan ibu mertuaku datang menghampiri aku. Mereka berdua bantu aku bersandar...

"Mama bagi Daris dekat saya," pintaku, lemah.

Daris yang masih menangis di hulur kepadaku. Aku belai pipi tembam Daris.

"Hush, Daris. Hush..." Hanya sekali pujuk, Daris berhenti menangis dan memeluk aku.

"Mama, Ermina di mana ni?" Aku liarkan pandangan melihat sekeliling.

"Sayang di bilik deluxe perseorangan," jelas ibu mertuaku. Tidak hairan ia terlihat mewah.

"Lama kau pengsan. Keluar Darcy dari bilik bedah, kau masih tak sedar," sampuk Linda.

Darcy!

"Mama. Linda. Bagaimana keadaan Darcy?" tanyaku, cemas.

"Dia selamat menjalani pembedahan," kata Linda dengan senyum nipis.

Lega aku rasakan.

"Cuma dia belum sedar, sayang," sambung ibu mertuaku dengan ekspresi sugul.

Rasa lega yang aku rasakan lenyap dalam sekelip mata.

"Darcy di tempatkan di bilik mana mama?" Aku bertanya lagi.

"Dia di tempatkan di bilik bersebelahan dengan bilik kau." Linda yang menjawab.

"Linda, tolong bawa aku dan Daris ke bilik Darcy. Mama, Ermina nak jumpa Darcy..."

"Ya, sayang."

Linda dan ibu mertuaku bantu aku turun dari katil pesakit. Mereka tuntun aku keluar dari bilik deluxe perseorangan.

Sampai di bilik deluxe perseorangan yang menempatkan Darcy, ibu mertuaku tolak luas pintu dan Linda tuntun aku masuk ke dalam.

Mataku menangkap figura Darcy terbaring kaku di atas katil pesakit. Edmund dan ayah mertuaku yang menemani Darcy, bingkas bangun dari kerusi yang tersedia dalam bilik ini.

"Mama, daddy is sleeping." Daris yang berada dalam dakapanku bersuara.

Aku menunduk seketika lalu hala semula pandanganku ke figura Darcy.

"Ya, sayang. Daddy sedang tidur," lirih intonasiku.

Edmund mempersilakan aku duduk di kerusi. Tunak mataku yang sarat dengan air jernih mengamati badan Darcy berselirat wayar. Kepalanya berbalut. Sekitar matanya memiliki lebam dan Darcy juga di pakaikan alat bantuan pernafasan. Ibu jarinya turut di pakaikan oximetry. Aku gapai tangan kanannya dan melekapnya ke pipiku...

"Tolong sedar, love," pintaku dengan air mata bagai manik terurai.

"Selepas awak call saya, saya cuba hubungi abang. Luckily, dia jawab panggilan dari saya." Edmund tiba-tiba bersuara.

"Abang beritahu saya ada tiga buah kereta mengekori dia dan abang sempat beritahu lokasi dia. Selepas dia menyebut lokasi keberadaan dia, abang teriak. Abang beritahu saya, salah satu dari tiga buah kereta itu bertindak melanggar belakang kereta dia. Dan- Dan saya dengar dengan jelas abang berteriak lagi dan saya juga dengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan tiba-tiba panggilan terputus," ceritanya.

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now