BAB 2 : LEWAT!

4.9K 96 12
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

"BANGUN!"

Jeritan Linda menyedarkan aku dari terus menikmati mimpi... Bukan mimpi basah tetapi mimpi indah dan aku tidak perlu ceritakan mimpi tersebut.

"Ermina Binti Eiyad!" Nama penuhku di laung sekuat-kuatnya. Comforter di tarik dari tubuhku.

"Bangun!" Linda menjerit lagi.

"Ya! Ya! Aku bangunlah ni!" marahku seraya bersandar di kepala katil. Tunak mataku memandang Linda berdiri bercekak pinggang di sisi katil. Raut wajah garangnya mencuit hatiku.

"Kau tahu tak sekarang dah pukul 8 pagi," beritahunya dengan mata mencerlung.

Lekas aku ambil iPhone yang aku simpan di bawah bantal. Aku tatap sekilas skrin iPhone, pukul 8:01 pagi. Ya, bertambah 1 minit.

"You are late already!" beritahu Linda seoktaf.

"I know, Linda. Please calm down," tuturku bersahaja.

Linda merengus.

"Calm down? How can I calm down, kalau setiap hari kau bangun lewat..," bebelnya.

Beginilah Linda setiap kali dia bangunkan aku...

"Payah sungguh kau bangun. Sejam lebih aku goncang badan kau," rungut Linda.

"Gara-gara kau selalu tidur lewat. Kau selalu- Wait, aku nak tanya ni... Kenapa kau selalu tidur lewat?"

"Err, aku tidur lewat sebab- Um, petang aku beritahu kau."

"What the heck, petang? Kenapa tak sekarang?" Kening Linda hampir bertaut.

"Sekarang tak boleh. Aku dah lambat. And now aku nak mandi. Tolong sediakan pakaian untuk aku, thanks Linda," ujarku di selangi kenyitan mata.

Perempuan kacukan Melayu-English itu rolling eyes.

"Aku ni kan dah macam tukang gaji kau buat," menyinis Linda.

Aku mengekeh dan ia hanya benar.

"Dan jangan lupa seterika," pesanku saat turun dari katil lalu aku menapak menuju ke bilik mandi.

🦋
🦋
🦋
🦋

SELANG belasan minit, aku keluar dari bilik mandi dengan hanya memakai bathrobe dan tuala putih di kepala.

"Ms. Ermina. I dah sediakan casual plaid long, blazer plaid, inner baju berwarna hitam untuk you. Um, including your panties and bra."

Miss, I, you pula dia!

Aku amati satu persatu pakaian yang dia letak di permukaan katil. Fuh, perfect... Kalau tersarung di tubuhku lagilah super perfect!

"Thanks Linda," ucapku ikhlas.

"Don't mention it. By the way, kau nak sarapan? Kalau kau nak aku ma-"

"Tak nak. Aku dah lewat ni," cantasku.

"Okay. Kalau macam tu aku tunggu kau dalam kereta."

Aku sekadar angguk. Hilang saja figura Linda dari balik pintu, aku pun cepat-cepat tanggalkan bathrobe dan tuala putih.

🦋🦋🦋🦋

DI kurniakan wajah yang cantik dan bersih merupakan satu anugerah dari Allah SWT yang patut aku syukuri. Kerana memiliki wajah yang cantik juga, aku tak perlu makeup tebal. Aku sekadar tempel bedak ke muka dan leher. Gincu... Aku dan gincu berpisah tiada dan semestinya warna gincu kegemaranku berwarna burgundy... Burgundy is elegant, timeless and sophisticated.

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now