BAB 45 : DARCY

1.1K 48 9
                                    

Jangan lupa VOTE • COMMENT • FOLLOW ❤

ANGELO berlari dan aku terpaksa ikut rentaknya. Manakala, pandangan kami terus terhala ke hadapan. Dengan bantuan biasan cahaya bulan, kami dapat melihat jalan di hadapan kami.

Namun begitu, aku berlari tanpa memakai sandal. Ya, sandalku tertinggal di rumah agam. Betapa sakit kurasakan saat telapak kakiku terpijak batu dan ranting pokok. Juga, aku benar-benar letih berlari.

"Angelo, boleh tak kita berhenti sekejap?" Aku bersuara, termengah-mengah.

"We can't stop, gorgeous," kata Angelo tanpa menoleh ke arah aku.

"Ta- Tapi aku penat sangat dan kaki aku sakit," keluhku. Angelo terlihat tidak peduli dengan keluhanku dan larian masih di teruskan.

Bunyi tembakan yang tadinya kuat semakin samar-samar kudengar dan kami semakin jauh dari rumah banglo.

Perasaan takut memeluk aku kala bunyi unggas dan pelbagai bunyi binatang lain berbisik ke telingaku.

Pun begitu, perasaan takut tidak dapat menandingi rasa sakit di telapak kakiku.

"Angelo... Tolonglah berhenti. Kaki aku sakit sangat," keluhku dengan tubir mata bergenang.

Bunyi tembakan yang tadinya samar-samar kian jelas di telingaku.

"Kita tak boleh berhenti! Kita kena cepat keluar dari hutan ini!" seoktaf Angelo bersuara.

Dia semakin lajukan larian dan aku yang sedang kesakitan terpaksa ikut berlari laju.

"They are getting closer to us!" beritahu salah seorang daripada sepuluh orang bawahan Angelo.

"Ergh, darn it!" carut Angelo.

Hutan ini bukan sahaja riuh rendah dengan bunyi unggas dan pelbagai bunyi binatang... Hutan ini juga riuh rendah dengan bunyi derap kasut berlari dan bunyi ranting patah.

"Shoot them!" arah Angelo.

Tanpa perlu berhenti berlari, aku lihat sepuluh orang bawahan Angelo serentak melepaskan tembakan ke arah kumpulan Famiglia.

Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!
Bang!

Sakit telingaku mendengar bunyi tembakan yang tidak kunjung berhenti. Daris yang berada dalam dakapanku menjerit ketakutan.

Aku perasaan tiga daripada sepuluh orang bawahan Angelo rebah ke tanah. Selang berapa minit, tujuh orang bawahan Angelo ikut tumpas.

Pada saat bersamaan, telingaku menangkap bunyi aliran air. Buntang mataku melihat kami semakin menghampiri sungai.

"Angelo, just give up." Aku memohon.

"I can't give up."

"Aku penat!" jeritku dengan linangan air mata.

Angelo tiba-tiba berhenti berlari. Dia ambil Daris dari aku. Terpinga aku sekejap melihat Angelo meletak Daris ke tanah.

"What are you-" tergantung percakapanku dek tindakan mengejut Angelo tarik aku menuju ke sungai dan Daris di tinggalkan keseorangan di situ.

"Aku nak anak aku! Daris!"

Jeritanku seiringan dengan tangisan Daris.

"Ambil anak aku!"

"Mama!"

"Daris!"

Dalam ketidaksedaranku, aku dan Angelo kini berjalan di sungai. Air sungai hanya separas lututku dan luka di telapak kakiku terasa pedih terkena air sungai.

MR. DARCY | CLEANWhere stories live. Discover now