B A B 1

83 1 0
                                    

Awal pagi lagi dia sudah bersiap. Jam ditangan dikerling. Sudah jam 7.30 pagi, masih sempat ingin sarapan. Baru sahaja dia ingin menjamah roti yang disapu Nutella, dia tergamam melihat gerangan dihadapannya.

"Abang Raes..." lama dia tidak berjumpa dengan abang tirinya itu. Dia bukan tidak suka. Tapi lebih kepada tidak selesa. Meskipun jarak umur hanyalah beza 2 tahun, dia tetap tidak nyaman.

"Kenapa terkejut sangat? Rindu ke?" terus roti ditangan Ayana Malaika dirampas lalu digigitnya. Sempat dia membelai tangan lembut itu.

Ayana Malaika tergamam. Segera tangannya yang disentuh itu digosok. Haram!

"Apa abang ini pegang-pegang!" dia tidak suka disentuh oleh bukan muhrim. Sedangkan Aisaar Haqimi juga tidak pernah menyentuh dirinya walau seinci, siapa Raes Danial untuk melakukan demikian.

"Sikit je.. Tak luak pun.."

Dia duduk disebelah kerusi Ayana Malaika. Terus Ayana Malaika berdiri. Mati seleranya.

"Yana pergi dulu.." terus dia meninggalkan Raes Danial sendirian. Langkah dicepatkan dan terus dia memandu pergi ke pejabat.

Raes Danial senyum sinis melihat Ayana Malaika yang sudah serupa cacing kepanasan itu. Bukan dia tidak tahu gadis itu tak suka dia mendekat.

"Nasib body lawa.." selamba badak sahaja dia menuturkan ayat itu.

Roti tadi sambung digigit. Dia melangkah masuk ke bilik. Ingin sambung buat tahi mata.

Fokusnya bukan lagi pada komputer dihadapannya. Jasad disana, fikirannya sudah melayang sehingga ke Marikh.

Kenapa tiba-tiba sahaja Raes Danial pulang? Kenapa dia langsung tidak dikhabarkan tentang perkara itu? Bukankah lelaki itu sedang menguruskan syarikat Abi di Sabah? Ada apa-apa yang terjadi kah?

Pelbagai persoalan bermain difikirannya tapi dia tahu dia tidak akan dapat jawapannya. Nak tanya Ibu? Mustahil wanita itu akan menjawab. Tanya Abi? Kucing jantan beranak kembar pun belum tentu Abi nak buka mulut.

Sudah 14 tahun Abi menjadi ayah tirinya, namun sehingga kini dia masih dilayan seperti orang luar. Apa silapnya? Ouh lupa. Dia tak sepatutnya dilahirnya.

Kewujudan dibenci oleh ibu dan ayah sendiri. Apalagi yang harus dia harap dalam hidup ini?

Sudah sekalian kali Khalida menengkingnya dihadapan Abi hanya kerana alasan kecil. Walau kesilapan yang dilakukan sekecil zarah, namun cacian yang didengarinya akan berlarutan berhari-hari sehingga Khalida sendiri lelah.

Nak harapkan ayah kandungnya, Khairuddin? Kali terakhir dia berjumpa lelaki itu adalah 3 tahun lalu.

"Ke tanya Abang Raes sendiri?" serta merta dia menidakkan. Ibarat menempah maut. Pandangan lelaki itu terhadapnya sangatlah aneh.

Kepala digeleng berkali-kali seperti orang gila.

"Kau okay tak Yana? Macam dah bengong je aku tengok kau." soal Karina yang duduk disebelahnya.

Ayana Malaika berdehem. Kepala difokuskan semula ke komputer dihadapan.

Ring Ring

Kelam kabut dia mengeledah beg tangan. Bunyi deringan terlalu kuat sehingga bergema satu pejabat. Itu telefon ke speaker?

Aisaar Haqimi

Berbunga hatinya melihat nama pemanggil itu. Ayang kita call!! Dia terus menuju ke pantri yang tak ramai orang. Inginkan privasi dengan ayang.

"Assalamualaikum Sayang.." tegur orang disebelah sana.

"Waalaikumsalam Qimy!" teruja suaranya.

"Sayang, next week Qimy ada flight tau. Ke Taiwan."

Sudah menjadi rutin untuk Aisaar Haqimi memaklumkan jadual kerjanya kepada cinta hatinya itu.

Muka Ayana Malaika berubah cemberut. Dia mendiamkan diri tidak mahu membalas pertanyaan Aisaar Haqimi.

"Jangan merajuk sayang. 1 week saja and then kita jumpa semula!"

"Qimy, bila kita nak kahwin?" Lama dia tertanya tentang perkara ini. 4 tahun sudah mereka menjalin hubungan, sudah tiba masanya hubungan ini dibawa ke peringkat seterusnya.

Ayana Malaika mengeluh dengan kebisuan Aisaar Haqimi. Sudah acap kali lelaki itu mengelak apabila mereka berbincang tentang hal ini.

"Yana sayang Qimy sangat. Sebab itu Yana serius nak bersama Qimy. Tapi Yana tak paksa. Assalamualaikum." Yana terus mematikan panggilan.

Sebuah keluhan dilepaskan lalu dia menuju ke meja kerjanya.

"Tadi happy benor bila dapat call. Kenapa sekarang muka macam baru lepas kena tinggal suami?" Karina mengusik.

Ayana Malaika menjeling tajam wanita itu. Karina mencebik. Ayana Malaika spesis yang tidak mudah bergaul dengan orang lain.

Loceng rumah ditekan beberapa kali. Tidak tenang hidupnya apabila mengingat Ayana Malaika masih marah pada dirinya. Dia tahu Ayana Malaika marah dengan sikapnya yang sering mengelak soal perkahwinan. Buktinya, sudah 4 hari mereka tidak berhubung.

Dia cuma tidak sedia. Dia tidak mahu kehilangan Ayana Malaika namun dalam masa yang sama dia belum sedia dikongkong dan memegang tanggungjawab sebagai suami.

"Sabar!!" terdengar suara menjerit daripada dalam. Tapi sungguh asing baginya.

Pintu rumah terbuka. Mereka saling bertatapan dan mengangkat kening.

"Siapa kau?"

"Aisaar Haqimi... Boyfriend Yana" tangan dihulur ingin salam.

Raes Danial memandang aneh lelaki itu. Ayana Malaika ada kekasih? Kenapa dia langsung tidak tahu mengenai hal itu.

"Raes.. Abang tiri Yana"

Baru Aisaar Haqimi faham. Jarang sekali Ayana Malaika berkongsi kisah dengannya tentang Raes Danial tapi dia tahu kewujudan lelaki itu.

"Yana ada?" soal Aisaar Haqimi apabila sudah tiba diruang tamu. Dia tidak melihat kelibat Khalida mahupun Iskandar, ayah tiri Ayana Malaika.

"Dia belum balik lagi. Kau asal nak cari dia?"

"Salah ke nak cari girlfriend sendiri?" sinis sahaja Aisaar Haqimi menyoal.

Raes Danial mengetap gigi mendengar balasan Aisaar Haqimi.

Aisaar Haqimi berkira-kira ingin menghubungi Ayana Malaika. Jam sudah menunjukkan angka 8 malam namun tiada lagi bayang gadis itu. Bukankah waktu kerja sudah tamat pada jam 5 petang.

"Kalau macam itu aku balik lah dulu. " tidak betah ingin berlamaan bersama Raes Danial.

Raes Danial hanya memandang kosong pemergian Aisaar Haqimi. Tidak pernah dia sangka Ayana Malaika mempunyai buah hati. Fikirnya gadis itu kalis dosa! Dalam rumah pun dia pakai stokin dan sarung tangan!

"Ingat baik sangat... Buat dosa juga rupanya." sinis dia berkata.

Sebenarnya Ayana Malaika sudah pulang petang tadi dari tempat kerja. Namun sejak kehadirannya kembali kerumah ini, gadis itu sering keluar rumah seperti ingin menjauh daripadanya. Pergi mana?

Katanya ingin berjumpa dengan sahabat baiknya. Dia dengar perkara itu pun ketika dia memasang telinga mencuri dengar perbualan Ayana Malaika bersama sahabatnya di telefon.

Khalida dan Iskandar pula khabarnya ingin melawat saudara mereka di hospital. Jadi dia sendirian dirumah.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now