B A B 2

66 1 0
                                    

"Hari ini Raes dah masuk kerja. Kamu pergi kerja saing dengan dia." Khalida bersuara daripada ruang tamu. Langsung tidak melihat wajah Ayana Malaika.

Ayana Malaika yang sedang menyarung kasut dihadapan pintu tergamam. Apa kena mengena lelaki itu masuk kerja dengan dia pergi kerja saing dengan mamat tu?

"Kenapa pula Yana nak pergi dengan dia? Yana boleh drive sendiri lah Ibu... Abang Raes pun ada kereta sendiri kan?" lembut sahaja dia menjawab. Nak kata lelaki itu mahu menumpangnya untuk ke tempat kerja, ada kereta sendiri kot!

"Dia satu office dengan kamu lepas ini. Buat apa kamu nak bazir duit minyak kereta? Pergi sajalah saing dengan dia. Lepas ini kereta itu Ibu nak pakai." bersahaja Khalida berkata.

"No! Kenapa Ibu nak pakai kereta Yana pula?" suka hati je nak pakai kereta orang. Memanglah mak tapi agak-agak lah! Dan sejak bila Raes Danial dapat kerja satu pejabat dengan dia?

Ayana Malaika buka semula kasut dan masuk kerumah untuk bersemuka dengan Khalida.

"Siapa cakap itu kereta Yana? Downpayment Abi yang bayar kan?"

Ternganga Ayana Malaika dengar pernyataan itu. Ya memang downpayment bukan dibayar olehnya dan kereta itu atas nama Iskandar, tapi dia yang bayar duit kereta bulan-bulan. Tahun depan tamat sudah hutang kereta. Dia juga sudah menganti duit itu pada Iskandar!

Memang keluarga ini tak ada hari nurani ke? Setakat Axia pun sanggup nak rebut!

Malas nak panjang bicara Ayana Malaika terus keluar semula tanpa berkata-kata. Naik grab!

"Jangan mengada nak naik Grab! Abang Raes dah turun itu." seperti mengetahui niat Ayana Malaika dia memberi peringatan.

Ayana Malaika memandang sejenak Raes Danial yang sedang menuruni tangga. Nampak segak dengan berkemeja dan ber tie. Apa guna handsome kalau perangai macam sampah?

"Jom Yana. Saing dengan Abang." ajak Raes Danial dengan senyuman manis.

Ayana Malaika menjeling. Menyampah! Terus dia menuju ke kereta Honda Civic milik Raes Danial.

Iskandar dengan suka cita boleh belikan Raes Danial honda, sedangkan dia, Axia pun nak tuntut balik!

Lupa, dia kan anak buangan.

Terus pintu penumpang bahagian belakang dibuka.

Raes Danial yang sudah siap berkasut menyoal.

"Yana ingat Abang ini Driver grab Yana ke?" sinis sahaja suaranya.

Ayana Malaika menjulingkan mata. Dia tak selesa! Tolonglah faham!

"Duduk depan sekarang." tegas Raes Danial mengarah.

Ayana Malaika segera memboloskan diri dibahagian penumpang hadapan. Pintu kereta sengaja ditutup kuat tanda protes.

Sepanjang perjalanan Ayana Malaika hanya membuang pandangan diluar. Tidak ingin bersembang atau memandang Raes Danial.

Dia tersentak apabila merasakan ada tangan yang menyentuh pahanya.

"Apa ini!" dia menjerit. Suka hati sahaja Raes Danial menyentuhnya!

"Kenapa eh Yana ini suka bajet macam baik? Kalau Yana baik sangat tak ada maknanya Yana bercinta dengan jantan itu." sengaja ingin memerli.

Ayana Malaika terpempam. Dia terasa dengan bicara Raes Danial. Dia mengaku dia tahu berdosa bercinta dengan mereka yang belum halal. Tapi itu sahaja yang membuatnya bahagia!

Aisaar Haqimi adalah rumahnya dan dia tetap inginkan lelaki itu. Dia mahu lari daripada keluarga.

"Macam mana abang kenal Qimy?" setahunya tidak pernah dia membuka bicara tentang Aisaar Haqimi dihadapan Raes Danial.

Tidak menjawab. Raes Danial memilih untuk diam.

Ayana Malaika yang masih tidak berasa selesa menghimpit diri ke bahagian pintu. Tak suka berdekatan dengan lelaki itu. Pervert!

Sampai sahaja dipejabat, Ayana Malaika tidak menunggu Raes Danial untuk mengikutnya. Dia terus melulu masuk dan duduk ditempatnya memulakan kerja.

Baru dia dapat tahu, Raes Danial ditawarkan jawatan sebagai department manager. Cis, jawatan atas dia! Dia hanyalah seorang kerani!

Dia perhati juga rakan-rakan sepejabatnya yang memuji Raes Danial bagai dialah lelaki paling sempurna didunia!

Huh, mereka hanya menilai daripada rupa bukan hati. Ramai juga anak dara cuba mencucuk jarum mencuba nasib. Tidak ketinggalan, isteri orang. Memasing tak sedar diri!

Dia hanya memerhati mereka. Nasib baik, tiada yang tahu hubungan sebenar dia dan Raes Danial.

Kalau tidak, semua manusia akan menjadi hipokrit dengan cuba mendekatinya ingin berkenalan dengan abang tirinya itu. Jijik!

Ayana Malaika tidak menunggu Raes Danial pada waktu pulang. Dia bersahaja menumpang Karina dengan alasan keretanya rosak. Lantaklah kalau Ibu atau Raes Danial nak marah. Dia serik dengan kejadian pagi tadi!

Wajah ahli keluarganya dipandang lama. Mengapa tiba-tiba sahaja mereka ajak bertemu? Bukannya dia tidak mahu berjumpa dengan mereka, namun seperi ada sesuatu.

"Kenapa Mama dengan Papa tiba-tiba suruh Fir balik?" selama ini tidak pernah pula mereka kelam kabut dan mendesaknya begini. Wajah Zulaika dan Luqman dipandang bersilih ganti.

Firhad Maleeq dapat melihat Faqihah, kakaknya seperti menolak-nolak tangan suaminya, Syauqi. Seperti mendesak salah seorang daripada mereka untuk membuka mulut.

"Lambatlah korang ini! Fir, kak Iqah dengan Abang Syauqi nak pinjam duit dengan kau. 10 ribu." Farishah, kakak keduanya bersuara apabila melihat yang lain takut bersuara. Malas membazir masa.

Firhad Maleeq terpempam mendengar permintaan itu.

"10 ribu? Banyaknya! Nak buat apa?" bukan kedekut, tapi bukan mudah ingin mencari duit.

"Abang Syauqi nak buka business baru Fir. Takkan kau nak kedekut dengan abang ipar sendiri?" sinis Faqihah menyoal. Tak sedar diri nak pinjam duit orang!

Luqman dan Zulaika hanya menjadi pemerhati.

Firhad Maleeq mengeluh. "Masalahnya, hari itu Fir dah bagi 5 ribu kan? Takkan tak ada hasil langsung?"

Hutang sebelum ini pun belum selesai. Mentang-mentang dia kini sudah berduit, suka hati sahaja semua orang mempergunakannya.

"Bussiness abang hari itu tak jadi Fir. Kena tipu dengan tauke" itu hanyalah alasan daripada Syauqi. Wang hari itu digunakan untuk berjoli. Langsung dia tidak melabur atau menjadikan sebagai modal perniagaan.

"Tapi 10 ribu bukan sikit bang. Fir nak kumpul pun semput." teringat zaman penat lelahnya ingin menaikkan perniagaan. Untung RM50 sahaja dia sudah sujud syukur.

"Fir ini kenapa kedekut sangat? Tak berkat hidup kalau berkat dengan keluarga sendiri Fir." tegas Luqman bersuara setelah lama berdiam diri. Yang lain juga mengiayakan kenyataan Luqman.

Kerana mereka tahu, jarang Firhad Maleeq menolak atau membantah kata-kata Luqman dan Zulaika.

Firhad Maleeq kelu dalam berkata-kata. Dia bukan tak mampu nak sediakan 10 ribu itu. Tapi, dia sendiri tidak boros dalam berbelanja kerana sedar nilai wang. Dan dia yakin 10 ribu kali ini juga akan lebur seperti sebelum-sebelum ini.

"Fir jangan lupa.. Akak nak shopping esok." sudah jadi kebiasaan Farishah berbelanja menggunakan wang Firhad Maleeq.

Sekali lagi Firhad Maleeq mengeluh dalam hati.

"Makin pokai aku bila balik rumah ini."

Dia berkata dalam hati. Dia bukannya berkira tapi kadangkala semuanya berlebihan sehingga dia merasa dianggap seperti simbol 'Bank'.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now