B A B 1 0

60 1 0
                                    


Setelah seminggu dia berehat, hari ini dia ingin kembali bekerja dipejabatnya. Ayana Malaika sedikit runsing memikirkan dia langsung tidak memberikan notis cuti sakit kepada majikannya. Dia hanya meminta pertolongan daripada Karina untuk memaklumkan mengenai insiden kemalangan itu kepada majikannya.

Nafas panjang ditarik. Dia memperkemaskan baju kemejanya untuk kali terakhir. Segera dia menuju ke pintu rumah.

Dia tersangatlah berterima kasih kepada Firhad Maleeq kerana sanggup memberikan dia tumpangan.

"Malaika yakin nak pergi kerja hari ini?" Kak Ani menegur. Kak Ani akan pulang kerumahnya sebentar lagi. Suaminya dalam perjalanan pulang. Dia tiada hak untuk menahan. Sebagai Isteri, pasti wanita itu dihurung rasa rindu yang mengunung kepada si suami yang sudah lama tidak ditemuinya.

"Ya kak, dah seminggu Malaika cuti. Risau kena buang pula."

"Yakin nak pergi seorang? Tak nak tunggu Fir?"

Ayana Malaika mengelengkan kepala.

"Malaika boleh pergi sendiri kak. Grab kan ada?" dia perlu berusaha apa sahaja cara untuk meneruskan hidup. Dia perlu bekerja untuk sara hidupnya. Dia perlu segera mengumpul duit untuk berhenti menyusahkan Firhad Maleeq dan Kak Ani.

"Iyalah kalau itu yang kamu kata." Kak Ani menyambung menonton televisyen.

Ayana Malaika terus keluar daripada banglo dua tingkat itu. Namun dia berhenti apabila melihat kelibat Firhad Maleeq dihadapan pagar rumah. Lelaki itu sedang bersandar pada keretanya sambil melihat telefon bimbitnya.

Yang membuatnya terkejut bukanlah kehadiran Firhad Maleeq, namun warna baju lelaki itu. Mereka sedondon berpakaian biru tua.

Firhad Maleeq yang sedar akan kehadiran Ayana Malaika kembali tegak.

"Nak gerak dah? Jom saya hantar." tawar Firhad Maleeq.

"Eh tak apa. Saya dah order Grab."

"Jangan degil Malaika. Hari ini saya hantar. Jangan melawan. Awak dahlah belum sihat, tapi tetap degil nak kerja."

"Tak apa awak. Saya boleh pergi sendiri. Saya dah sihat dah pun. Jangan risau." Meskipun dahinya masih berparut, sekurang-kurangnya dia sudah tidak berbalut.

"No excuses. Ikut saja. Cepat!" tidak menunggu kata putus Ayana Malaika, dia terus masuk kedalam kereta.

Ayana Malaika mengeluh perlahan lalu membuka pintu penumpang hadapan. Dia hanya berdiam diri. Pandangan dilemparkan ke luar.

"Awak ingat saya tahu ke Office awak dekat mana?" perli Firhad Maleeq sambil memasang tali pinggang keledar.

Sadar akan kesilapannya, Ayana Malaika segera menunjukkan arah. 30 minit perjalanan, mereka tiba dihadapan pejabat Ayana Malaika.

"Terima Kasih awak. Saya pergi dulu." ucapnya seraya menutup pintu kereta.

Baru sahaja Firhad Maleeq mahu memulakan pemanduan untuk kepejabatnya, telefonnya berbunyi. Dia memilih untuk menjawab panggilan terlebih dahulu sebelum bergerak.

Nafas panjang ditarik lalu pintu pejabat ditolak. Dia menuju kebilik ketuanya. Namun dia pelik, dalam perjalanannya itu, semua orang memandangnya dengan pandangan aneh. Lebih tepat lagi, pandangan jelik.

Pintu kaca itu ditolak. Wajah Mr Andrew menghiasi korneanya.

"Good morning Mr." ucapnya sopan.

Air muka majikannya itu berubah apabila melihatnya. Berubah dingin.

"Why you datang sini lagi?" soal Mr Andrew sedikit keras.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now