B A B 7

64 1 0
                                    

Awal pagi lagi Firhad Maleeq sudah sedia bertolak ke pejabat. Kebiasaanya dia akan bertolak jam 8 pagi namun memikirkan jarak pejabat dan rumah keluarganya sedikit jauh, dia harus bergerak awal.

Namun, dia pergi ke dapur dahulu. Kering tekaknya pagi-pagi ini.

"Fir duduk sini sampai bila? Ada apa-apa yang jadi ke dekat rumah Fir?" soal Luqman yang sedang mengunyah nasi goreng buatan isterinya.

"Tak ada apalah Papa, Fir rindu nak balik rumah saja. Tak ada apa pun yang terjadi. Jangan risau." Firhad Maleeq segera menghabiskan minumannya lalu mencuci gelas. Topik kelmarin masih dibahas.

"Baguslah macam itu." itu sahaja balasan Luqman.

"Fir pergi dulu ya Papa. Mama mana eh?" tidak lupa meminta restu syurga nya.

"Mama kat bilik Farishah. Pergilah jumpa mama."

Segera Firhad Maleeq memanjat tangga menuju ke bilik kakaknya. Farishah sudah berusia 28 tahun namun masih bujang. Tidak pelik jika Farishah masih bujang diusia ini, dengan perangai hantunya itu, memang sesuai jadi andartu.

"Mama, Fir pergi dulu tau!" sedikit kuat dia menjerit dihadapan pintu bilik yang tertutup. Tiada niat ingin membuka pintu.

"Hati-hati Fir!" Zulaika membalas. Dia tidak keluar kerana sedang sibuk mengurut perut anak gadisnya yang sedang senggugut.

Firhad Maleeq terus keluar daripada rumah dan menuju ke keretanya. Dia mengeluh melihat kesesakan lalu lintas. Itulah yang dihadapinya setiap pagi.

Ring Ring

Segera dia meraba saku seluar mencari telefon yang berbunyi.

Kak Ani.

"Assalamualaikum kak." segera dia menjawab panggilan itu.

"Waalaikumsalam Fir, akak call ini nak inform something." kalut sungguh Kak Ani. Direct to topic gituww.

"Apa dia kak. Bagitahu sajalah."

"Minggu depan Abang Ikram balik. Jadi akak ingat nak balik rumah sana." serba-salah dia berkata.

Firhad Maleeq tergelak kecil. Mata masih fokus pada pemanduan.

"Yang akak minta izin Fir dah kenapa? Ikut akaklah." Kak Ani lupakah siapa suami dia yang sebenar. Dah kenapa minta izin dia pula?

"Fir lupa ke? Kalau akak tak ada dekat sini, macam mana dengan Malaika? Boleh ke nak tinggal dia sendiri dekat sini?"

Inilah punca dia rasa serba salah, dia yang menawarkan diri untuk menjaga Ayana Malaika, tapi sekarang dia terpaksa meninggalkan gadis itu.

Firhad Maleeq baru tersedar. Dia lupa akan Ayana Malaika yang berada dibawah jagaan Kak Ani.

"Nanti petang Fir datang sana. Kita bincang dengan Malaika nanti." terus Firhad Maleeq menamatkan panggilan. Nafas panjang ditarik dia membuka pintu kereta lalu melangkah ke pejabat.

Langit biru diluar dipandang lama. Tidak dinafikan, ciptaan Yang Maha Esa itu sungguh indah. Gelagat seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain ditaman permainan diperhatinya lama. Kebetulan balkoni rumah Firhad Maleeq yang ditumpanginya menghadap taman permainan.

Dia melihat kanak-kanak itu sedang bermain gelongsor manakala ibu dan bapanya bersedia menyambut gadis itu dihujung gelongsor.

Dia tersenyum melihat kedua ibu bapa itu memeluk dan mencium anak mereka dengan penuh ikhlas. Anak itu kelihatan sungguh nyaman dalam pelukan si ayah.

Berdosakah jika dia berkata dia cemburu dengan kanak-kanak itu? Dia tidak pernah dilayan seperti itu seumur hidupnya.

Hubungan Khalida dan Khairuddin sudah seperti retak menanti belah sejak Ayana Malaika kecil. Tidak pernah sekali pun kedua orang tuanya memberikan dirinya memori manis ketika kecil. Yang sering dilihatnya, perbalahan dua insan itu.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now