B A B 1 3

46 2 0
                                    

"Assalamualaikum."

Suara Kak Ani memberi salam menerpa gegendang telinganya. Serta merta senyuman terukir dibibir manisnya. Badannya yang tadi membongkok membaca buku ditegakkan semula. Segera dia duduk bersila diatas katil itu.

"Waalaikumsalam." tangan kak Ani disalam lembut. Dia menunduk kepala tanda hormat kepada Ikram.

"How today? Feeling better?" soal Kak Ani sambil mengenggam tangan Ayana. Dia duduk berhadapan dengan gadis.

Ikram pula hanya berdiri dibelakang isterinya.

"Alhamdulillah kak. Harini rasa bertenaga sangat. Sebab ada akak kot!"

"Ngada!" pinggang Ayana Malaika dicucuk.

Ayana Malaika melatah dengan cucukan tiba-tiba itu. Mereka ketawa bersama.

"Kesian akak tengok Malaika ini. Dahlah spesis kurus, bila dah sakit ini, macam tinggal rangka je! Akak ini pula, makin hari makin gendut.  Jealous akak dengan Malaika ini tau!"

Betul juga katanya. Dalam masa 2 minggu, dua kali dia menjadi pesakit dihospital. Mana tidaknya dia semakin kurus?

"Akak tak apalah. Gendut macam gajah pun abang Ikram sayang. Kan Abang kan?" sangkanya Kak Ani sahaja yang memberinya rasa selesa, rupanya Ikram juga begitu. Sungguh pasangan itu sangatlah cocok bersama. Dua-dua menyenangkan.

"Sayang gemuk ke, gendut ke tetap sayang dihati abang. Gituw!" balas Ikram. Pipi isterinya dicuit.

Ayana Malaika tergelak melihat mereka. Sungguh mereka bahagia bersama.

"Iyalah itu. Askar bukannya kita boleh percaya. Depan macam setia, belakang berduyun perempuan keliling pinggang. Sayang ni bukannya lawa pun." hari demi hari, berita viral mengenai kecurangan badan beruniform semakin berleluasa menyebabkan dia juga risau jika Ikram terikut sama.

Hatinya sebagai seorang isteri sedikit sebanyak terhimpit kerisauan.

"Sayang, yang lawa itu banyak. Tapi yang ada susah senang itu tak banyak. Ingat senang ke nak cari perempuan macam sayang? Susah senang abang dengan awak tau!" tekad Ikram satu.

Sebesar mana pun kesilapannya dalam hidup, tidak akan dia biarkan isterinya tersakiti akibat dirinya sendiri. Wanita itulah permata berharganya. Tiada galang ganti.

Pasangan itu melihat antara satu sama lain. Terasa dunia itu mereka yang punya. Ayana Malaika pula terasa seperti menganggu.

"Malaika rasa silap timing lah. Malaika rasa macam jadi orang ketiga pula dekat sini." sampuk Ayana Malaika.

Serta merta mereka kembali kerealiti. Kak Ani menepuk kuat tangan suaminya.

"Awaklah ini!" malu pula dirinya pada Ayana Malaika.

Ikram pula menjelirkan lidah mengejek isterinya.

"Akak dengan abang ini sweet lah! I is jealous!" dia juga pernah mengimpikan kisah cintanya seteguh kisah Ikram dan Anina. Besar impian yang dikarangnya bersama Aisaar Haqimi, namun kini semua itu hanyalah angan-angan yang takkan tercapai.

"Malaika kenalah kahwin. Baru tahu feel itu. Kan sayang?" balas Ikram.

"Kahwin apanya? Calon pun tak dak? Lagipun siapa je nakkan Malaika ini kak? Dah lah mentally unstable!" dia tergelak sendiri selepas mengutuk diri sendiri.

"Apanya cakap macam itu!" paha Ayana Malaika ditepuk. Dia tidak suka dengan ayat itu.

"Betullah." Ayana Malaika masih melawan. Gelas berisi air mineral diteguk. Kering saja tekaknya ketika ini. Mungkin faktor wad yang bersuhu dingin.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now