B A B 3

53 1 0
                                    

Telinga hanya dipekakkan daripada mendengar bebelan Khalida. Malas dia mahu mengambil peduli. Dia sudah dapat mengagak isu ini akan timbul.

"Kenapa Yana ini degil sangat eh? Memang telinga kuali ke? Susah sangat nak dengar cakap Ibu?!" kuat suara Khalida memetir. Iskandar hanya membiarkan isterinya meletus. Raes Danial yang duduk berhadapan dengan Ayana Malaika hanya tersenyum sinis.

"Yana bukan sengaja lah Ibu, tadi Yana nak teman Karina pergi beli barang dekat Mall, tu yang Yana tak balik dengan Abang Raes." hanya alasan dan penipuan. Tipu sunat tak apa kan?

"Dahlah degil, kaki menipu pula itu!" belakang tubuh Ayana Malaika dipukul kuat.

Ayana Malaika terkejut dengan tindakan drastik Khalida. Perit rasanya.

"Yana tak tipu Ibu! Yana memang tak sengaja. Yana lupa nak inform Abang Raes."

Khalida marah betul dengannya apabila Raes Danial mengadu Ayana Malaika pulang tanpa menunggu dan memberitahunya. Katanya Raes Danial menunggu Ayana Malaika lama dihadapan pejabat. Telefonnya pula sudah mati kerana kehabisan bateri.

"Kau ini kan, sama macam bapa kau yang tak guna itu! Dua-dua menyakitkan hati aku! Dasar anak tak guna!" 

Tanpa sedar, Khalida melepaskan dendam pada bekas suaminya kepada Ayana Malaika.

Ayana Malaika melawan. Suara ditinggikan.

"Ibu jangan nak suka-suka tuduh ayah Yana macam itulah! Ayah Yana tak seteruk itu!" walaupun tidak rapat dengan Khairuddin, dalam dasar hatinya masih terdapat rasa kasih dan sayang untuk cinta pertamanya itu.

"Kau jangan nak biadap Yana! Itu mak kau! Mana adab kau!" Iskandar masuk campur.

"Abi tak payah masuk campurlah. Cukuplah Abi jaga anak Abi yang perangai macam sampah ini!"

Pang!

Terasa pijar pipinya apabila ditampar oleh Khalida.

"Sedar diri kau! Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak buang kau daripada dulu. Anak tak guna!" hambur Khalida.

Tanpa sedar, air mata Ayana Malaika mengalir setitis demi setitis. Hujung baju digenggam kuat.

Dia tahu dia tetap akan kalah dalam perbalahan ini. Oleh itu, dia terus melangkah menaiki tangga untuk menuju kebiliknya. Dia biarkan namanya yang masih diseru.

Tudung sarung yang menutupi mahkotanya dicabut lalu dicampakkan kelantai. Cardigan yang dipakai menutup tubuhnya berlengan pendek juga dicampak jauh.

Terus dia masuk kedalam selimut dan meneruskan tangisan. Hatinya membengkak.

Dia tidak mengerti dengan layanan semua orang terhadapnya. Dimanakah terletak kesilapannya?

Akhirnya dia tidur dalam air mata.

"Makin lama makin biadap Si Yana itu? Awak memang tak reti didik anak sendiri ke?" sengaja ingin mencari pasal.

Khalida menahan malu apabila ditegur oleh suaminya begitu. Acap kali dia mendengar suaminya merungut tentang perangai Ayana Malaika.

"Awak tengok Si Raes ini, walaupun tak ada mak, saya dapat didik dia elok. Tak macam anak awak."

Raes Danial kembang kempis apabila dipuji begitu. Ibu kandungnya meninggal ketika dia berusia 3 tahun. Semenjak itu dia dibesarkan sendirian oleh Iskandar sehinggalah Iskandar berkahwin dengan Khalida ketika dia berusia 14 tahun.

"Kalau payah sangat, awak kahwinkan sajalah anak awak itu. Kurang sikit beban. Lagipun dia dah ada boyfriend kan?" Iskandar tersangatlah suka jika gadis itu pergi. Dia inginkan Khalida sahaja, bukan anaknya sekali.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now