B A B 9

54 1 0
                                    

Perlahan dia membuka pintu rumah. Jam ditangan dikerling. Sudah jam 10 malam. Tidak mahu menganggu penguni didalam, dia memperlahankan pergerakan.

"Fir pergi mana dah pukul 10 baru reti nak balik rumah?" keras suara Zulaika menerpa gegendang telinga.

Dia yang tadi terbongkok-bongkok berjalan kembali tegak. Tubuh ibunya yang sedang bersandar disofa itu dipandang. Tangan dimasukkan kedalam kocek.

"Mama tanya ini Fir pergi mana pukul 10 baru jumpa jalan balik rumah?"

"Fir ada kerjalah Mama. Takkan Fir pergi berjalan pula."

Zulaika tidak puas hati dengan jawapan itu. Dia bangkit lalu mendekati anak terunanya.

"Fir tahu kan peraturan rumah ini? Fir jangan ingat Fir dah ada rumah sendiri, Fir dah dewasa Fir boleh terlepas daripada peraturan ini."

"Ya Ma, Fir tahu. Fir minta maaf. Fir ada kerja tadi."

"Fir ingat Mama bodoh ke? Mama tahu Fir tak masuk kerja petang tadi. Fir pergi mana?"

"Mana ada Fir pergi mana-mana. Siapa yang cakap dengan Mama Fir tak kerja hari ini?" Dia pelik, daripada mana Zulaika boleh tahu dia mengambil cuti separuh hari pada hari ini?

Zulaika memeluk tubuh.

"Farishah. Dia pergi office Fir petang tadi tapi Luthfi kata Fir tak ada."  anak gadisnya yang mengkhabarkan perkara itu padanya.

Hakikat sebenarnya, selepas selesai menemani Ayana Malaika berbelanja, dia terus singgah ke suatu tempat. Tempat yang menjadi penawar lukanya. Cukuplah dia sahaja tahu tentang itu.

Firhad mengunci mulut. Tiada guna dia melawan.

"Fir tahu Adila dah berpisah dengan suami dia?" tiba-tiba suara Zulaika kembali lembut.

Firhad mengangkat kening.

"Penting ke untuk Fir ambil tahu?" soalan dibalas soalan.

Zulaika menepuk tangan Firhad. Tidak puas hati dengan respon itu.

"Apa jawab macam itu? Aunty Kamila yang bagitahu Mama. Katanya menantu dia curang dekat anak dia. Kesian Si Adila itu. Orang nya baik molek, itu pun orang nak duakan." dia mendapat khabar itu daripada ibu Adila Qaira yang merupakan teman rapatnya.

Dia pernah bercadang ingin menyatukan anaknya dengan gadis itu. Kebetulan mereka suka antara satu sama lain, namun takdir mengatakan lain. Adila Qaira berkahwin dengan orang lain. Tapi mungkin kini masanya untuk dua insan itu bersatu?

"Again, apa kena mengena dengan Fir?" jujur dia langsung tidak tertarik dengan perkhabaran itu. Langsung tiada kaitan dengan dirinya.

"Adila dah single balik. Fir tak nak ke?" sedikit berkias. Dia menolak-nolak bahu Firhad.

"Nak apa? Nak lempang dia? Ikut hati Fir memang nak!" geram pula ingat balik apa yang terjadi antara mereka.

Wajah Zulaika mula berubah.

Melihat perubahan wajah Zulaika seperti ingin meletup, terus Firhad mahu cabut lari.

" Fir naik dulu. Nak solat then tidur. Bye!" terus dia menjauh berlari kebiliknya. Pintu bilik ditutup cepat lalu dia menghembus nafas keras. Selamat daripada singa!

"Eii budak ini!" jerkah Zulaika sendirian.

"Mama dah kenapa marah-marah malam -malam macam ini?" Farisha yang baru muncul daripada tandas bersuara. Dia melihat Zulaika sedang melepaskan geram diruang tamu.

"Adik kamulah. Degil betul!"

"Apa pula Si Fir buat kali ini?" bukan sesekali Zulaika mengeluh tentang anak lelakinya.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now