B A B 19

77 2 0
                                    

"Tak cukup Fir malukan Mama Papa selama ini? Tak cukup?! Berbuih mulut Mama nak menjawab soalan orang yang asyik bertanya tentang Fir. Dulu, sekarang dan sampai bila lagi Fir nak conteng arang dekat muka kami ini? Apa kurangnya jasa Mama dengan Papa dekat Fir sampai Fir sanggup khianat kami begini?" soal Zulaika bertalu-talu. Suaminya yang masih panas hati hanya duduk diatas sofa itu. Zulaika pula melontar kata-kata tepat dihadapan muka anak lelaki tunggalnya.

Melihat wajah Firhad Maleeq yang bersahaja semakin menaikkan darahnya.

Seusai semua tetamu pamit, sesi pertemuan keluarga itu diadakan. Topiknya: pengkhianatan Firhad.

"Kau tak ada akal ke Fir? Entah perempuan mana-mana kau bawa balik nak jadikan isteri." tegur Faqihah pula sambil menjeling Ayana Malaika yang duduk berhampiran adik lelakinya.

Ya, dia turut berada disana. Melihat lelaki yang diibaratkan penyelamatnya itu dimarah angkara dirinya.

"Mama, Fir tahu apa yang Fir buat. Fir kenal Malaika siapa dan Fir yakin dialah perempuan yang terbaik Allah takdirkan untuk bersama Fir." melihat air muka Ayana Malaika yang seperti menahan tangis, dia akhirnya buka mulut. Walhal biasanya dia akan membiarkan dirinya diherdik seperti pesalah dan dia langsung tidak akan membuka mulut.

"Tak, Fir salah. Mama lebih tahu yang terbaik untuk Fir. Ada yang lebih sempurna dan sesuai untuk kamu nak. Dengar kata Mama ini sayang." suara Zulaika berubah lembut. Tempat kosong  disebelah Firhad yang menjadi penjarak Ayana dan Firhad diduduknya. Kini dia ditengah-tengah dua insan itu. Lengan anaknya dipeluk cuba memujuk.

Firhad tidak menjawab sebaliknya reaksi mukanya jelas menunjukkan dia bertegas dengan keputusannya. Pujukan ibunya langsung tidak mengubah pendiriannya.

"Dengar cakap Mama kamu Fir. Kamu nak jadi anak derhaka ke? Jangan sampai kamu tak dapat cium bau syurga." tegas Luqman. Itulah seorang Luqman, jarang bersuara, tapi setiap kata-kata yang keluar daripada mulutnya itu setajam pisau.

Melihat Firhad yang masih keras, Zulaika beralih. Tangan Ayana Malaika dibawa ke genggamannya. Ayana Malaika yang terkejut dengan tindakan drastik itu membulatkan mata.

"Aunty tak kenal kamu siapa. Aunty tak mahu jadi orang jahat yang menghalau dan menyakiti anak orang lain sebab Aunty juga seorang Ibu. Dengan penuh hormat, Aunty merayu dengan kamu, tinggalkan Fir. Demi Aunty? Aunty ada calon untuk disatukan dengan dia. Tolong Aunty, Malaika?" tangan Ayana digoncang-goncang. Ayana Malaika yang terkedu menahan air mata.

Sehingga tahap itukah dia dibenci dan dianggap hina? Sehingga seorang ibu sanggup merayu supaya dia meninggalkan anaknya. Apakah dia terlalu hina?

Firhad Maleeq yang daripada tadi menahan rasa geram segera bangkit.

"Siapa calon yang Mama agungkan sangat itu Mama? Adila Qaisara? Perempuan yang pernah buang Fir macam sampah dulu?" soal Firhad dengan nada sederhana.

"Itu kisah lalu Fir. Buka mata kamu, bagi dia peluang kedua. Bukankah setiap orang layak untuk peluang kedua?" Tangan Ayana Malaika dilepas laju. Zulaika juga bangkit lalu berdiri menghadap anaknya.

"Peluang kedua? Mama bercakap tentang peluang kedua sedangkan Mama langsung tak bagi Fir dengan Malaika peluang walaupun peluang pertama. Adilkah Mama?"

"Ini bukan tentang peluang Fir, ini tentang masa depan kau! Aku tak nak kau silap langkah dalam memilih pasangan hidup!" lantang suara Faqihah cuba menyadarkan Firhad Maleeq supaya membuka mata.

Mendengarnya Firhad tersenyum sinis. Lihatlah siapa yang berkata-kata memberi nasihat. Sedangkan si pemberi nasihat itu sendiri menanggung biawak hidup.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 28, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mencari DiaWhere stories live. Discover now