B A B 4

56 1 0
                                    

Perlahan-lahan mata dicelik. Seluruh badan terasa sakit pada ketika ini. Dia memandang pelik tempat yang begitu asing baginya. Tangannya berbalut dan dia dapat melihat jelas kelibat seorang jururawat yang sedang fokus menulis dihadapannya.

"Cik dah sedar? Sekejap saya panggilkan penjaga Cik."

"Saya dekat mana sekarang?" dia masih dalam keadaan bingung dan keliru.

"Cik dekat hospital. Sejak semalam Cik tak sedarkan diri."

Segera Ayana Malaika mengerling kearah jam dinding. Sudah jam 10 pagi?

Jururawat itu segera keluar meninggalkan dia sendirian. Ayana Malaika tidak mengerti, bagaimana dia boleh berada dihospital.

Dia melihat jururawat tadi kembali masuk dan menuju ke lokar sebelahnya. Dia menghulurkan sesuatu padanya.

"Sarung tudung ini Cik." sehelai shawl bewarna hitam dihulur.

"Ada orang nak lawat Cik. Jangan lupa pakai.." jururawat itu kembali keluar. Dia diminta oleh pelawat itu supaya memastikan Ayana Malaika berhijab ketika dia masuk. Lelaki itu hormat akan aurat Ayana Malaika.

Tanpa berfikir panjang, terus dia membelit shawl itu ala kadar cukup menutup auratnya.

Pintu dibuka dan seorang lelaki yang tidak pernah dilihatnya melangkah masuk. Dia cuba mengingat wajah itu tapi gagal.

"Awak siapa?"

"Saya terjumpa awak dekat tepi jalan semalam."

"Tepi jalan?" dia benar-benar tidak dapat mengingat apa yang terjadi semalam. Lama dia cuba memproses mindanya cuba mencari jawapan.

''Awak tak ingat apa-apa ke?" melihat kerutan dan wajah yang penuh tanda tanya itu, dia menyoal.

Hampa, tetap tiada balasan.

"Berani betul ye awak lompat daripada kereta yang tengah bergerak?" Ayana Malaika bernasib baik dia sempat brek semalam. Dia hampir mengilis gadis itu. Gadis itu tiba-tiba sahaja melompat keluar daripada kereta dihadapannya. Kejadian itu berlaku pada jam 12 tengah malam. Mana dia tak terkejut? Naya kalau jumpa Cik Ponti malam-malam.

Ayana Malaika terdiam. Mata dipejam, otak dikerah lagi cuba mengembalikan memori.

"Awak kena culik ke?"

Dia tidak menjawab pertanyaan itu malah dia masih cuba mengingat.

Flashback

Dia menunggu kehadiran Aisaar Haqimi dengan penuh tabah. Malam begitu hening dan gelap. Dia tetap tabah menunggu lelaki itu sendirian dihadapan pintu rumah. Dia hanya membawa sebuah beg tangan yang mengandungi dokumen penting seperti kad pengenalan dan segala yang penting.

Dia menoleh kebelakang. Pintu rumah sudah tertutup rapat dan berkunci. Tiada lagi ruang untuknya dihati Khalida. Dia menarik nafas panjang. Dia tidak mengambil masa 15 minit untuk keluar, tapi 5 minit.

Pakaian dan segala yang lain ditinggalkan. Dia tidak sanggup ingin mengemas. Dia tidak peduli jika Khalida ingin membuang semua barangannya sekalipun. Tapi dia benar-benar tidak menyangka Khalida akan membencinya sedemikian rupa.

Dia menarik nafas lega apabila kelibat kereta Aisaar Haqimi menjengah matanya. Dia sudah berbaik dengan lelaki itu. Hanya Aisaar Haqimi sahaja yang dia peroleh pada ketika ini.

Dia segera bangkit dan membuka pintu kereta.

"Awak okay Yana? Apa yang dah jadi ini? Kenapa awak call saya pukul 12 malam?" bertubi-tubi Aisaar Haqimi menyoal apabila gadis itu memboloskan diri dalam kenderaannya.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now