B A B 1 5

46 2 2
                                    

Seakan tersedar kembali, laju Ayana Malaika melangkah meninggalkan dua lelaki itu. Dia tidak berkata apa-apa tapi terus dia berjalan keluar daripada bangunan hospital itu.

Langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik daripada belakang. Segera dia menepis kuat.

"Apa kau nak lagi Qimy!" bentak Ayana Malaika. Geram dirinya disentuh sesuka hati. Traumanya kembali perlahan-lahan. Namun dia cuba mengendahkannya. Dia harus bangkit meninggalkan masa lalu.

"Mana awak menghilang 2 minggu ini Yana? Setiap hari saya cari awak. Call saya awak tak angkat, awak block saya. Macam mana kita nak selesaikan semuanya kalau awak tak bagi saya peluang betulkan keadaan?"

"Kau bodoh ke Qimy? Kau lupa apa kau dah buat dekat aku? Kau anggap aku macam perempuan sial! Buat apa kau nak cari aku balik?!" tengkingnya kuat. Mujur tiada ramai orang disekeliling.

"Ya saya tahu. Saya tak sengaja. Saya minta maaf sangat-sangat. Kita kembali macam dulu? Hmm?" rayunya bersungguh-sungguh. Wajah Ayana Malaika ditatap sayu meminta simpati.

Ayana Malaika tergelak sinis.

"Tak sengaja? Kau bodoh ke Qimy? Kau ada akal sebelum buat aku macam itu. Tapi kau ikutkan nafsu bodoh kau, kau ikutkan baran kau! Kau yang musnahkan kita. Kau!" dia menolak bahu Aisaar Haqimi kuat. Hatinya bengkak mendengar lelaki itu memohon keampunan dengan begitu mudah.

Aisaar Haqimi tetap berdiri tegak meskipun berkali-kali dia ditolak oleh Ayana.

"Saya tahu silap saya. Saya janji takkan sakitkan awak lagi. I promise!" tangan disatukan tanda janji dan bersumpah.

Tidak betah mendengar rayuan dan harapan palsu itu lagi, Ayana mahu berjalan meninggalkan Aisaar Haqimi namun lengannya ditarik lagi. Dengan kasar.

"Sayang please.." rayunya bersungguh-sungguh. Ayana Malaika terus menarik-narik lengannya daripada cengkaman lelaki itu. Mujur pada saat itu, Firhad Maleeq datang mendekat.

"Lepaskan dia." dua perkataan itu sahaja keluar daripada mulut Firhad Maleeq. Nadanya begitu tegas dan garau.

Serta merta Aisaar Haqimi melepaskan pegangan itu. Dia bertentang empat mata dengan Firhad Maleeq.

"Ini urusan aku dengan dia. Jangan masuk campur." tegas Aisaar Haqimi. Dia ada terserempak dengan Firhad pagi tadi. Itulah lelaki angkuh yang bertembung dengannya.

"Urusan dia urusan aku juga." Firhad kini berdiri dihadapan Aisaar Haqimi. Dia menolak Ayana berdiri dibelakangnya. Ayana hanya mengikut.

"Lantak kau!" balas Aisaar Haqimi. Dia ketepi cuba merapati Ayana Malaika. Namun Firhad seolah-olah mengunci kedudukan Ayana. Dia menjadi geram apabila Firhad membataskan rancangannya.

"Yana saya terpaksa. Ya saya ikutkan baran saya. Tapi percayalah saya terpaksa. Raes paksa saya." luah Aisaar Haqimi bersungguh-sungguh. Dia sudah tidak peduli akan Firhad. Dia mahu bercakap dengan Ayana!

Ayana yang mendengar nama Raes Danial disebut terkejut. Dia sendiri menolak Firhad menjauh lalu berhadapan semula dengan Aisaar Haqimi.

"Apa maksud kau? Apa kena mengena dengan Raes dalam hal ini?" soalnya dengan nada tinggi. Kenapa nama Raes Danial dibangkitkan?

Aisaar Haqimi terdiam. Menyesal dia menyebut perkara itu.

"CAKAP QIMY!" bentaknya lagi.

Aisaar Haqimi berkira-kira jika mahu membuka mulut.

"CAKAP!" sekali lagi Ayana Malaika memetir. Firhad juga terkejut melihat sisi Ayana yang satu ini.

"Raes.. cabar.. saya" lambat-lambat dia berkata. Kepala ditundukkan kebawah. Dia yakin Ayana Malaika akan membencinya jika dia meneruskan cerita.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now