B A B 1 6

53 2 0
                                    

Lambakan fail dan kertas diatas meja dipandang lemah. Perlahan dia mengeluh. Akhirnya dia memilih menyandarkan badan dan kepala dikerusi. Kerusi ditolak jauh daripada meja.

"Why idea tak nak datang ini?" dia mengeluh lagi. Kepala dipicit-picit perlahan. Otaknya ligat memikirkan strategi memasarkan produk syarikatnya. Meski Maleeq Cosmetic sudah dikenali di Malaysia dan beberapa negara luar, namun itu tidak menjadi sebab untuk dia berhenti berusaha menaikkan lagi nama syarikatnya.

"Fir!" panggil Luthfi Haiqal yang baru masuk kebilik sahabat baiknya itu bersama sebuah Ipad ditangan.

Firhad Maleeq tidak menjawab tapi hanya menunjukkan riak bertanya mengapa.

"Good news! Our produt got permisson to enter Brunei's Market!" ujar Luthfi bangga.

Serta merta badannya kembali tegak.

"Seriously?!" soalnya gembira. Raut wajahnya berubah ceria serta merta.

"Kerja keras kau paid off Fir! Tak sia-sia usaha kau cuba tembus pasaran Brunei selama ini!"

Tangan diangkat meraup wajah. Alhamdulillah atas rezeki ini. Sungguh rezeki itu hadir tanpa petanda.

Melihat sekujur tubuh Luthfi Haiqal keluar meninggalkan pejabatnya, serta merta dia mengeluarkan telefon daripada saku. Sebaris nombor didial laju. Penuh teruja telefon dilekatkan pada telinga.

"Assalamualaikum Mama!"

"Waalaikumsalam. Ye Fir? Ada apa call Mama ini?" soal Zulaika ditalian sana.

"Product Fir dapat permission masuk market Brunei, Ma! Alhamdulillah!" jelas kedengaran nada teruja dan kegembiraan disebalik tuturan suara garau itu. Seperti anak kecil dia bercerita.

"Baguslah. Tahniah Fir." Tiga perkataan. Ya, tiga. Itu sahaja balasan daripada Zulaika.

Senyuman kegembiraan yang terukir manis dibibir Firhad Maleeq perlahan-lahan sirna.

"Hmm. Okaylah Ma. Fir letak dulu bye." melihat balasan Zulaika sebentar tadi sedikit sebanyak memudarkan kegembiraan yang baru menjengah. Terus telefon dijarakkan daripada telinga.

Jangkaanya Zulaika bakal ikut bersorak menjayakan kejayaannya itu, namun lain pula yang terjadi. Alah, macamlah kau tak biasa Firhad.

Namun mendengar suara ibunya masih melantun segera dia mendekatkan ke telinga semula.

"Fir, jangan letak dulu!"

"Ya Mama, ada apa?"

"Mama dengan Papa plan nak sambut anniversary kami yang ke-30 hujung minggu ini."

"Baguslah. Tahniah Mama." ceh macam perli je.

"Eh Fir ini! Itu je jawabnya. Patutnya doakan Mama Papa terus bahagia bersama. Apa jawab macam itu je. Langsung tak support kebahagiaan Mama Papa." kata Zulaika seakan berjauh hati.

Tipulah dia tidak terasa hati. Namun, sebagai anak dia hanya mampu mendiamkan sahaja.

"Okay Mama, sorry. Then apa yang Mama nak Fir bantu?" soal Firhad Maleeq berbasi-basi. Ikutkan hati, tiada langsung rasa ingin meneruskan perbualan ini. Namun mengenangkan Zulaika merupakan syurganya, dia tetap meneruskan.

"Mama plan nak buat besar-besaran sikit. Alang-alang itu nak buat bacaan doa selamat sekali."

"Okay nanti Fir book catering. Then Mama nak apa lagi?"

"Mama nak duit sikit nak belikan baju untuk kakak-kakak dengan Abang ipar Fir itu. Tak lupa, untuk cucu kesayangan Mama sekali. Takkan nak pakai baju lama pula kan dekat majlis nanti. Dahlah ramai, kang ada yang ingat kita ini tak mampu."

Mencari DiaWhere stories live. Discover now