B A B 1 8

62 2 2
                                    

10 minit yang dirasakan berada didapur seakan 10 jam! Wajah-wajah yang memandangnya tajam menyebabkan rasa gugup semakin menebal didada. Mujur adanya Kak Ani setia menemani disamping.

"Bertenang Malaika. Nampak sangat shaking itu." tegur Kak Ani sambil menunjuk ke genggaman tangan Ayana Malaika.

Rasa gugup yang menyerang menyebabkan dia tidak sedar dia menggeletar.

"Lama ke kenal Fir? Jumpa dekat mana?" tanya seorang wanita dihadapannya. Sekali lafaz sahaja soalan ditutur. Wajah serius yang dipamerkan itu sedikit menakutkan dirinya yang terasa sungguh janggal berada disini.

"Mama Fir." bisik Kak Ani disebelah ingin memberitahu siapa gerangan itu.

Terkedu seribu bahasa Ayana Malaika mendengarnya. Namun digigihkan juga untuk membuka mulut untuk membalas.

"Malaika kenal Fir baru 3 minggu begitu Aunty. Tak lama pun kami berkenalan." soalan kedua sengaja dilangkau. Dia juga tidak tahu bagaiman ingin menerangkan perkara itu. Terlalu sulit dan rumit.

"Bagaimana kamu kenal Firhad?" soalan yang tidak mahu dijawab itu diulang semula.

Ayana Malaika kembali terdiam. Tidak, dia tidak mahu menjawab. Bagaimana mungkin dia boleh berkata insiden hitam itu punca pertemuannya dengan Firhad Maleeq?

"Malaika ini kenalan Ani Mak Su, Ani dah kenal dia lebih 5 tahun. Daripada sanalah Fir kenal dengan Malaika. Melalui Ani." jelas Kak Ani.

Tajam mata Ayana Malaika menikam kornea Kak Ani. Kepalsuan apakah itu. Peha wanita itu ditepuk perlahan inginkan penjelasan. Kak Ani hanya memejam mata dan mengangguk kepala meminta Ayana Malaika hanya mengikut rentaknya.

"Gila ke Fir itu? Baru kenal 3 minggu dah berani nak macam-macam?" potong Faqihah yang daripada tadi menjadi penonton. Melihat adanya Raisya Alisya digendongan wanita itu, sadarlah dia itu kakak Firhad.

"Itulah persoalan yang Mama tertanya-tanya." balas Zulaika. Wajah Ayana Malaika direnungnya tajam. Sangat tajam sehingga menimbulkan ketidakselesaan dihati Ayana Malaika.

"Ani yakin dengan Fir Mak Su, niat dia baik. Ani berharap Mak Su sokong Fir kali ini." kata Kak Ani penuh berharap.

Melihat segala perkataan yang terbit daripada mulut-mulut itu, air muka Kak Ani yang penuh berharap dan wajah mengerunkan dua ahli keluarga Firhad itu, timbul persoalan dihatinya. Apa yang telah dilakukan Firhad sehingga namanya turut terkait sekali?

"Kita tunggu Firhad balik." putus Zulaika seraya meninggalkan ruangan dapur. Tidak terlupa, Faqihah juga mengikut jejak langkah wanita itu.

"Akak dengan Fir ada sembuyikan sesuatu ke daripada Malaika? Kenapa Malaika dapat rasakan ada sesuatu yang sedang berlaku tanpa pengetahuan Malaika?" soalnya sejurus duduk berdua dengan Kak Ani. Syukur semua orang yang berada disitu sebentar tadi memilih untuk ketempat lain.

"Akak tiada kuasa untuk menjawab soalan itu. Malaika tunggu Fir ya?" tangan Ayana Malaika digenggam.

Masa berlalu begitu sahaja sebelum muncul Firhad Maleeq mengajaknya untuk keruangan kanopi bersamanya. Tidak banyak bicara, dia hanya menurut sahaja.

Kelihatan majlis potong kek hampir bermula. Kek dua tingkat yang sungguh anggun dikelilingi oleh ahli keluarga Firhad yang sudah bersedia untuk merasmikan majlis itu. Dia mengambil tempat dibelakang orang ramai, jauh daripada pandangan keluarga Firhad.  Manakala Firhad kembali berdiri bersama keluarganya.

Dia hanya memandang daripada jauh melihat pasangan suami isteri itu saling bersuapan potongan kek itu. Tidak dilupakan anak-anak hasil mahligai yang dibina turut diraikan. Sungguh dia cemburu melihat keakraban Firhad bersama ahli keluarganya.

Mencari DiaWhere stories live. Discover now