Ci:bu 1

43K 160 8
                                    

Usai menamatkan pengajianku dari sebuah IPTA dan ketika itu aku menjadi seorang penganggur, maka aku pulang ke kampung halaman di Pantai Timur. Bosan dengan ketiadaan pekerjaan, aku memohon untuk menjadi Guru sandaran. Nasib ku agak baik, permohonan aku diterima dan aku ditugaskan menjadi guru ganti di sebuah sekolah kebangsaan di Kota Bharu. Di sekolah tersebut menemukan aku dengan seorang guru muda yang cantik, ayu dan penuh umpph...

Tak perlu rasanya akau ceritakan tugas-tugas ku di sekolah tersebut. Biarlah aku bercerita kisah aku dengan guru muda ini. Guru ini adalah Ustazah Nurul Huda, dia mengajar JQAF di sekolah tersebut. Orangnya agak peramah dan periang. Susuk tubuhnya yang sederhana tinggi, berkulit putih dan bertubuh montok. Pada sangkaan aku, Ustazah Nurul Huda berumur dalam lingkungan 25 tahun dan baru ditugaskan di sekolah tersebut. Bertubuh sederhana dan sedikit rendah berbanding cikgu-cikgu perempuan yang lain. Sekiranya dia memakai pakaian seragam sekolah menengah, seolah-olah seperti pelajar tingkatan empat atau lima.

Sebenarnya dari hari pertama aku menjejak kaki sekolah tersebut aku telah terpandang wajahnya. Kelembutan dan keayuan wajahnya telah memikat naluri kelakianku. Karekter ustazah ni agak sedikit 'nakal' kerana selalu mengusik teman-temannya yang lain. Namun apabila berada di kalangan orang yang kurang dikenalinya, kerekternya berubah 360 darjah menjadi seorang pendiam dan pemalu. Aku tahu kerana aku selalu mengitip gerak-gerinya.

Aku juga sedar bahawa aku menjadi perhatian guru-guru wanita di sekolah disebabkan dengan sikap aku yang ringan tulang yang membantu guru-guru terutamanya yang telah berumur. Ada juga di antara guru wanita yang cuba menjadi "matchmaker' antara aku dan Nurul Huda. Maklumlah, Ustazah Nurul Huda belum berkahwin dan masih solo. Ketika itu usia aku baru mencecah 24 tahun.

Walaupun selalu bertemu dengannya, aku belum berpeluang untuk berbual panjang. Setakat tersenyum dan menyapa khabar sahaja atau bersembang apabila ada urusan berkaitan kerja. Ada juga sesekali usikan 'nakal' dan pujian kepada Nurul Huda. Usikan 'nakal' itu bukan bermaksud yang berunsur seksual, hanya sekadar gurauan atau puji-pujian yang keterlaluan. Seperti Ustazah ni macam artis laa.. boleh masuk TV9 ,tanyalah ustazah.. saya tanya ustazah lari. Apa yang aku tahu dia bukan dalam bidang Pengajian Islam, dia merupakan graduan Bahasa Arab.

Mengajar bahasa arab pun orang panggil ustazah jugak kan. Ustazah ni walaupun berstatus ustazah, dia jarang memakai tudung labuh. Pemakaiannya adalah seperti guru-guru lain, berbaju kurung atau berkebaya longgar.

Hendak dijadikan cerita.. perhubungan aku dengan ustazah Nurul Huda bermula...

Pada suatu hari, guru penolong kanan ko-kurikulum mengarahkan aku sebagai ganti seorang guru untuk menjaga kem motivasi pelajar UPSR yang sedang berlangsung di daerah Jeli, Kelantan. Disebabkan guru lelaki dan seorang guru perempuan tersebut diarahkan ke Putrajaya bagi menghadiri satu mesyuarat khas, maka ada guru-guru mencadangkan nama ku dan ustazah Nurul Huda sebagai guru pengiring menyertai kem tersebut. Dengan terpaksa aku mematuhi arahan tersebut. Nasib baik perkhemahan itu masih berbaki dua hari dan hari akhirnya jatuh pada petang khamis.

Petang selasa itu, kami berdua bertolak ke kem tersebut. Memandangkan aku tidak mempunyai kereta aku terpaksa menumpang kereta proton persona milik ustazah Nurul Huda. Seperjalanan ke kem tersebut, jarak perjalanan dalam masa 1 jam 45 minit. Kami mula berbual dan bersembang kosong sahaja. Rupa-rupanya, Ustazah ini walaupun nampak pemalu orang nya tetapi ramah dan mesra berbicara. Aku mula menyenangi sikapnya. Pada awal perjalanan ke kem tersebut, kami tidak banyak bersembang, mungkin aku juga masih malu-malu tetapi apabila aku membuka topic pasal isu-isu di sekolah, ternyata Nurul Huda seorang yang sangat peramah.

Semasa di kem tersebut, tidak banyak perkara menarik yang berlaku antara kami.. aku cuba fokuskan cerita kami sahaja di sini yer. Cuma, pada hari khamis selepas berakhirnya kem motivasi tersebut. Setelah kesemua pelajar dan guru pengiring menaiki bas untuk pulang. Ustazah Nurul Huda telah menyatakan hasratnya untuk mandi di air terjun berhampiran kem tersebut. Katanya untuk melepaskan keinginan yang lama terpendam. Ahh, aku tak kisah, kerana aku mempunyai masa yang lebih lama untuk bersamanya.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now