Ci:bu 9

9.2K 69 5
                                    

HARI ITU, hari terakhir aku mengajar di sekolah itu.. Sedih jugaklah kerana terpisah dengan murid-murid ku... chewaah... walhal aku bukan guru yang bagus dan terlatih... cuma sekadar Guru sandaran tidak terlatih yang memangku tugas buat sementara.

Hari terakhir yang tiada apa-apa.. tiada sambutan malah tiada apa-apa acara yang meraikan perpisahan aku dengan sekolah ini.

Aku sedar siapa diri ini.. aku hanyalah insan biasa ... namun aku ada harga diriiii... oooo... eh itu lagu rock jiwang la beb!

"Hariz.. hari ni your last day kan?" Soal Teacher Laila ketika kami berselisih di hadapan kelas.

"Ha'ah." itu jer yang mampu keluar dari peti suaraku.

"Lepas habis sekolah .. Hariz nak ke mana-mana tak?" soal cikgu yang cukup mempesonakan. Lenggok badan dan tutur kata yang cukup menggoda. (Entahla aku rasa dia ni sangat menggoda jiwa ku)

"Balik rumah.. Itu je!"

"Ohh.. boleh tak awak tunggu sekejap lepas tamat sekolah ye."

Aku hanya mengangguk. Otak ku kosong.. Membiarkan Teacher Laila berlalu pergi tanpa sebarang senyuman.

Aku melangkah setapak demi setapak menuju ke bilik guru. Perasaan sedih mula menyerang sanubari. Benarkah aku sedih untuk meninggalkan sekolah ini atau sebenarnya aku sedih terpaksa berpisah dengan.... Nurul Huda... Ohhh...

Sekilas nama gadis itu melintas di benakku. bagaikan ada satu kuasa yang berjaya menyingkirkan kesedihan.. Mataku mula bersinar dan menyuluh mencari tuan empunya nama tersebut. Aku perlu bertemu dengannya. Sepanjang pagi ini, aku langsung tidak melihat akan kelibat Nurul Huda....

Jam sudah menginjak 1.40 petang.. Loceng kelas terakhir nyaring berbunyi...Maka itu menandakan sudah tamat perkhidmatan aku sepanjang 90 hari di sekolah ini. Sebelum aku melangkah pergi, sempat juga aku bersalam-salam dengan semua guru lelaki (yang mana berada di dalam bilik guru).. Menerima kata-kata semangat dan penghargaan dari mereka. Sungguh aku berasa selesa berada di sekolah ini dan mula menyukai kerjaya dalam bidang perguruan.

Kemudian aku beranikan dia melangkah ke ruangan sebelah, dimana para guru wanita ditempatkan. Mataku mula melilau kelibat seseorang.. Tak ramai guru wanita yang berada..

Cikgu Wan Saleha yang berada bersebelahan dengan kedudukan Teacher Laila memandang ke arahku. Pandangan kami bertautan lalu aku hadiahkan sebuah senyuman. Aku bergerak perlahan mendapat mereka berdua.

"Jom Hariz.. Kak Wan nak belanja lunch.." ujar Teacher Laila

"Jom ke mana?" soalku ingin kepastian.

"Kita tunggu Ustazah dulu.." balas Cikgu Wan Saleha.

Mendengar perkataan Ustazah membuatkan dadaku semakin kembang. Aku yakin gelaran itu akan merujuk pada seseorang.

Aku tersenyum simpul dan dikala itu satu sosok tubuh gadis berkebaya labuh berwarna biru muda muncul dari sebalik pintu. Aku mengilas pandangan ke arah wajah gadis itu, tampak sugul dan muram. Mungkin dia agak kepenatan.

"Huda... kita gerak dengan satu kereta aje." usul Wan Saleha apabila melihat Nurul Huda mula mengemaskan buku-buku latihan pelajar di atas meja kerjanya.

Aku sekadar mengekori langkah mereka bertiga menuju ke parkarangan parkir dan terus merapati kereta Mercedes C200 kepunyaan Cikgu Wan Saleha.

"Huda dok belakang dengan Hariz yer.." pinta Teacher Laila sambil mengenyitkan matanya. Aku tersenyum sumbing seolah-olah berterima kasih padanya.

"Korang berdua jangan buat yang bukan-bukan kat belakang kereta akak ye.. takut ada air yang tumpah.. Jenuh akak nak cuci nanti." tiba-tiba usikan Wan Saleha begitu nakal.

Cinta ButaWhere stories live. Discover now