Ci:bu 29

5.2K 39 2
                                    

"Bila kau start cuti raya, bro?" Soal Zali yang asyik bermain Mobile Legends pada telefon pintarnya. Walaupun tumpuan matanya tak terkalih dari menatap skrin, mulutnya masih mampu bersuara.

"Lusa. Kau pula?" Jawabku pendek sambil mengemas fail-fail yang bertimbun di atas meja. Sekurang-kurangnya meja aku sedikit kemas berbanding dengan Zali.

"Eh, awalnya kau cuti... Last day puasa baru aku dapat balik Aloq Setaq. Aku nampak Mak Tiri Cinderella tu okay semacam dengan kau. Dapat cuti awal tanpa banyak songeh." Zali mengomel.

"Killing spree!! Ceh, mati lagi!!" Zali mendengus.

Aku tergelak melihat wajah muram Zali dek ketaksubannya terhadap permainan video itu. Entah apa yang best.. aku pun tak tahu.. Wajah muram bagaikan baru kena tinggal dengan marka.

"Hariz, kat depan ni awek kau muncul lagi!" suara Ernie berkumandang dari intercom.

"Hahaha... masaklah kau.. Dah kena rantai dengan Safiyya nampaknya." Zali tergelak memandang wajahku yang mengembungkan pipi.

"Sayannnggggg... hari ni kita buka sama-sama yerr!!" suara itu bagaikan melantun-lantun bergema di ruang duduk tetamu berhadapan dengan meja Ernie. Kadang-kadang aku pula naik segan dengan staff pejabatku dengan sikap mengada-ngada yang ditunjukkan oleh Safiyya. Namun terpaksa aku pekakkan telinga menghadam segala bentuk sindiran terutamanya daripada Ernie dan Mimie. Setakat ini, belum sampai lagi kepada Puan Suhana. Pandai juga staff-staff office ni menutup mulut.

"Lusa you dah nak balik kampung ... I nak ikut you tak kasi." Safiyya membuat muka- merajuklah konon.

"Eh, mana you tahu I nak balik lusa? "

"I know everything about you, sayang! " Safiyya mengerling kepada Ernie.

Aku merenung wajah gadis yang berbaju kurung warna ungu muda. Tampak ayu walaupun gedik dengan rambutnya disanggul kemas dibelakang kepala. Bersungguh dia mengambil tahu tentang diriku, mungkin juga ada seseorang yang menjadi cctv untuk Safiyya - aku menelah.

Aku menarik keluar Safiyya dari ruang pejabat, mengelakkan menjadi tumpuan mata Ernie. Aku tahu yang gadis tidak senang akan perilaku Safiyya.

"I ni rindu sangat nak beraya dengan mak dan ayah.. Rindu nak cium tangan mak dan ayah I di pagi hari raya. I terlalu rindukan untuk sambut raya di dalam sebuah keluarga. You tak kesian kat I ke?" tiba-tiba suaranya kedengaran sayu.

"Sorry Fiya... InsyaAllah.. You kahwin nanti, bolehlah you sambut raya dengan mak dan bapa mentua."

Aku sedar bahawa Safiyya telah kehilangan ibu dan ayahnya ketika menuntut di tahun pertama. Aku turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya. Apakan daya kita sebagai hambaNya perlu redha di atas qada' dan qadar yang telah berlaku.

"Itulah I tunggu saat tibanya yang mama dan papa you akan menjadi mother and father in law I." Dia menjongketkan keningnya. Ceh! dalam bersedih sempat lagi dia melawak. Kadang-kala aku boleh jadi buntu melayan karenah minah sengal ni seorang. Ada sahaja idea untuk mengenakan aku balik.

"Cantik tak selendang ni? " dia menunjukkan sehelai selendang berkain sutera kepadaku.

"Cantik.. Lagi cantik kalau you yang pakai selalu," balasku bersahaja.

"Demi you.. I akan pakai." ujarnya tersenyum simpul seraya meletakkan selendang ke atas kepalanya.

"You jangan buat demi I yer. Niat atas nama Tuhan. " Kata-kataku bukan berniat untuk menyindirnya.

Aku terpegun kerana mulai terpesona dengan keayuan Safiyya. Rona selendangnya berwarna maroon membangkitkan seri wajah yang putih mulus- tona yang cukup kontras. Aku memandang Safiyya sepuasnya.. Lalu fikiran ini mula melayang....

Cinta ButaWhere stories live. Discover now